suria

3 jenis diet ini popular ketika pandemik tapi tak semua sesuai dengan anda, ketahui kebaikan dan kesan sampingannya!

Terdapat pelbaga jenis diet diamalkan ketika pandemik.

MEMILIKI tubuh yang ideal adalah impian semua orang namun sejak pandemik, ramai mengeluh bentuk tubuh mereka yang bertambah besar!

Mana tidaknya, sepanjang duduk di rumah, tidak banyak aktiviti mengeluarkan peluh dapat dilakukan selain ramai gagal mengawal pemakanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Campuran air suam dan lemon dapat kurangkan berat badan, benar atau mitos?

Tidak hairan ramai yang mencari kaedah diet yang sesuai dilakukan ketika pandemik.

Namun sebenarnya tidak semua jenis diet sesuai untuk setiap individu malah ia memberi reaksi berbeza. Ada yang berjaya menurunkan berat badan dengan diet keto dan sebaliknya.

Bagi yang ingin memulakan diet, ini adalah tiga diet popular ketika ini. Ketahui manfaat dan kesan sampingan sebelum mencubanya!

Keto

1. Diet keto

Diet keto mengamalkan pola pemakanan yang kaya dengan lemak dan mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Tubuh manusia biasanya menggunakan glukosa daripada karbohidrat sebagai tenaga. Dalam diet keto, tenaga akan diperolehi daripada proses pembakaran lemak.

Perkara ini akan meningkatkan metabolisme, menjaga kandungan gula dalam darah dan menurunkan risiko penyakit jantung. Diet ini juga sangat sesuai bagi pesakit diabetes atau epilepsi.

Bagaimanapun, diet keto boleh mencetuskan keadaan yang dipanggil keto flu iaitu gelaja seperti sembelit, sukar tidur, sakit kepala dan sebagainya. Ia biasanya terjadi pada peringkat awal diet.

1256667396annabogush/Getty Images

2. Intermiten fasting

Intermiten fasting merupakan diet yang mengamalkan pemakanan hanya pada waktu tertentu. Salah satu kaedahnya adalah 5:2 iaitu makan secara normal selama lima hari dan berpuasa dua hari.

Ada juga yang berpuasa selama lapan jam dan makan sebelum kembali berpuasa. Diet ini terbukti meningkatkan metabolisme, meningkatkan kadar insulin dan hormon serta meningkatkan penghasilkan sel induk.

Paleo

3. Diet paleo

Kaedah diet ini merujuk kepada pola pemakanan masyarakat pada zaman paleolitik di mana mereka lebih banyak mengambil makanan segar seperti buah-buahan, ikan, sayur, kekacang dan daging tanpa lemak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain bagus untuk menurunkan berat badan, diet ini juga dipercayai dapat menyeimbangkan tekanan darah namun kajian di Australia yang diterbitkan dalam European Journal of Nutrition mendapati ia berbahaya.

Kajian itu menjelaskan diet paleo mampu meningkatkan biomarker darah yang tinggi dan berkaitan dengan penyakit jantung. Selain itu, ia juga mampu memberi impak kepada kelancaran usus.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain