suria

Campuran air suam dan lemon dapat kurangkan berat badan, benar atau mitos? 

Campuran air dan hirisan lemon dipercayai dapat membantu mengurangkan berat badan.

MINUM air suam bersama hirisan lemon telah menjadi salah satu kaedah popular kononnya untuk menurunkan berat badan berlebihan.

Malah infused water itu juga dikatakan cukup baik sebagai detoksifikiasi untuk 'mencuci' kotoran dalam badan. Tetapi persoalannya betulkah minuman ini benar-benar memberi kesan seperti dikatakan?

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai pelitup muka seharian, cuci wajah 2 kali sehari elak masalah kulit

Meskipun lemon adalah sumber vitamin C yang cukup baik dan membantu proses pencernaan, namun sayangnya ia tidak membantu menurunkan berat badan. Tanggapan itu hanyalah sekadar mitos.

"Mitos tentang air suam dan lemon mampu memecahkan lemak perlu dihentikan," kata pakar pemakanan selebriti, Kinita Kadakia Patel di Instagram miliknya.

Sementara itu, campuran hirisan lemon ke dalam air tidak menjadikan ia lebih baik daripada air putih.

Tetapi air lemon dapat dijadikan sebagai minuman rendah kalori bagi menggantikan minuman lain yang berpotensi meningkatkan berat badan.

Sebuah kajian terhadap tikus makmal yang diberi makan berlebihan mendapati antioksidan polifenol dalam lemon secara signifikan mengurangkan penambahan berat badan.

Dalam kajian ini, senyawa antioksidan juga mengimbangkan kesan negatif pada kadar glukosa darah dan meningkatkan rintangan insulin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun kajian menyeluruh terhadap manusia perlu dilakukan sebelum mengatakan air lemon dapat menurunkan berat badan.

Pun begitu, minum air lemon dapat membuatkan seseorang terhidrasi dan memberi kesan kepada kulit yang lebih sihat.

Selain itu, vitamin C yang terkandung di dalamnya juga mampu mengurangkan kedutan kulit, kulit kering dan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain