suria

Pakai pelitup muka seharian, cuci wajah 2 kali sehari elak masalah kulit

Pemakaian pelitup muka berganda turut meningkatkan potensi kulit bermasalah.

MENGGUNAKAN pelitup muka seharian ketika berada di luar boleh membuatkan kulit wajah mengalami masalah apatah lagi ketika ini kita digalakkan menggunakan double masker.

Ia berikutan varian Delta yang semakin mengganas dan boleh tersebar melalui udara dengan pantas, penggunaan double mask dapat memberi perlindungan lebih.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda wajah nampak menarik dalam cermin berbanding gambar... mungkin itu sebabnya lelaki lebih gemar melihat cermin bukan wanita

Masalah kulit yang paling biasa berlaku akibat penggunaan pelitup muka adalah jerawat yang terjadi akibat wajah berpeluh sehingga memudahkan kulit menjadi rengsa.

Keadaan boleh menjadi bertambah buruk sekiranya seseorang kurang memberi perhatian kepada penjagaan wajah seperti mencuci muka dengan produk sesuai.

Situasi ini juga dikenali sebagai skindemik iaitu seseorang yang tidak menjaga wajah dan tidak melakukan sebarang rawatan bagi memastikan kulit wajah sentiasa bersih dan terhindar daripada sebarang kerengsaan.

Penggunaan pelitup muka terlalu lama boleh menyebabkan kulit mengalami iritasi sehingga menyebabkan masalah jerawat atau kulit menjadi kusam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun cara mengatasi masalah itu juga mudah - seseorang hanya perlu mencuci wajah dengan menggunakan pencuci muka dengan pH neutral dua kali sehari.

Ia bukan sahaja tidak membuatkan kulit menjadi kering tetapi dapat menjaga kelembapan wajah ketika memakai pelitup muka.

Tidak hanya itu, pemakanan seimbang dan berkhasiat serta mengamalkan minum air putih turut membantu dalam menjaga kulit wajah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain