SEKIRANYA anda seorang yang betul-betul memantau aktiviti senaman yang dilakukan, pasti anda akan melihat seberapa banyak kalori yang dibakar dalam satu sesi yang anda lakukan, menggunakan aplikasi di telefon bimbit, jam pintar atau alat lain. Pasti seronok apabila kita dapat membakar sejumlah kalori yang kita sasarkan dan secara tidak langsung ia boleh menaikkan lagi motivasi kita untuk bersenam. ARTIKEL BERKAITAN: Tak macho kalau buat yoga tapi senaman itu cukup baik buat kaum lelaki! ARTIKEL BERKAITAN: 3 jenis diet ini popular ketika pandemik tapi tak semua sesuai dengan anda, ketahui kebaikan dan kesan sampingannya! Namun, menurut satu kajian, jumlah pembakaran kalori yang ditunjukkan dalam aplikasi senaman yang anda gunakan sebenarnya tidak menggambarkan kalori sebenar yang dibakar. Jumlah kalori yang sebenar yang dibakar ketika bersenam adalah lebih sedikit daripada apa yang kita sangka. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology, badan kita 'mengimbangi' kalori yang kita bakar semasa bersenam dengan menggunakan lebih sedikit kalori sepanjang hari. Kajian tersebut menganalisis data dari 1,754 orang dewasa dengan melihat kepada dua kayu ukur utama: pertama, berapa banyak kalori yang dibakar setiap orang tanpa melakukan apa-apa dan kedua, tahap kalori yang dibakar dalam sehari apabila melakukan senaman atau aktiviti lain. Para saintis membandingkan kedua-dua nilai kalori tersebut dengan melihat jumlah kalori asal dan jumlah kalori yang sepatutnya dibakar ketika melakukan senaman dan aktiviti lain. Hasil kajian menunjukkan bahawa, secara purata, hanya 72 peratus kalori yang dibakar dari aktiviti senaman diterjemahkan menjadi kalori tambahan yang dibakar pada hari itu. Ini bermakna bahawa badan anda 'mengimbangi' kira-kira 28 peratus kalori yang anda bakar semasa bersenam dan membakar lebih sedikit kalori ketika anda sedang berehat. Badan akan 'mengimbangi' kira-kira 28 peratus kalori yang dibakar semasa bersenam dan membakar lebih sedikit kalori ketika sedang berehat. Contohnya, jika anda sangka anda telah membakar 100 kalori ketika bersenam berdasarkan maklumat yang tertera di aplikasi senaman anda, ia mungkin tidak benar kerana badan anda sebenarnya ‘menyimpan’ 28 peratus kalori pembakaran untuk waktu yang lain. Ini lebih menyedihkan bagi individu yang mempunyai tahap lemak badan yang tinggi. Kajian itu mendapati bahawa badan mereka mengimbangi 50 peratus atau lebih kalori yang dibakar semasa bersenam dan melakukan aktiviti lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI