suria

Air Jordan berkolaborasi bersama Billie Eilish hasilkan kasut vegan, guna bahan kitar semula

Kolaborasi antara Air Jordan dan Billie Eilish.

JENAMA Air Jordan sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum dan sememangnya menjadi idaman buat peminat-peminat kasut untuk memilikinya walau hanya sepasang dalam koleksi mereka.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Air Jordan telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal antaranya Travis Scott, Drake dan J Balvin bagi mencipta koleksi keluaran khas.

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai asal usul, Lisa Blackpink pilih pereka fesyen Thailand... busana MV Lalisa buat ramai terpegun

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan BTS Meal jadi kasut!... Idea kreatif si penata gaya ini dianggap genius

Dan kini seorang lagi bintang ternama, Billie Eilish akan menyertai keluarga Air Jordan selepas mengumumkan dua variasi kasut hasil kolaborasi bersama pemenang Grammy itu.

Sejak beberapa minggu lalu, peminat Billie Eilish dan juga peminat kasut ternanti-nantikan keluaran kasut terbaharu kolaborasi antara dua nama besar dalam industri masing-masing itu.

Jordan Billie

Air Jordan bakal mengeluarkan dua koleksi baharu kolaborasi bersama Billie Eilish iaitu Air Jordan 1 KO (kiri) dan Air Jordan 15 (kanan).

Penyanyi berusia 19 tahun itu akhirnya mengumumkan kolaborasinya bersama Jordan itu akan menemui peminat pada 27 September di laman web store.billieeilish.com, manakala jualan di aplikasi SNKRS Nike akan berlaku beberapa hari kemudian iaitu pada 30 September.

Apa yang menarik mengenai keluaran ini adalah, seperti Eilish, kasut berkenaan juga adalah vegan, bermakna ia dihasilkan tanpa menggunakan produk haiwan langsung. Ia juga diperbuat daripada lebih 20 peratus bahan terpakai.

“Saya sangat teruja apabila akhirnya berkongsi dua sepatu Jordan saya dengan anda!

“Saya sentiasa menyukai @jumpman23 dan ini adalah pengalaman menakjubkan dan luar biasa untuk membuatnya, terutama dengan cara yang lestari (100% vegan dengan lebih daripada 20% bahan kitar semula),” kata Eilish dalam satu hantaran Instagram.

Kedua-dua kasut itu akan mendapat kemasan logo ikonik Eilish pada bahagian 'tongue'.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain