suria

Hargai asal usul, Lisa Blackpink pilih pereka fesyen Thailand... busana MV Lalisa buat ramai terpegun

Lisa mengenakan pakaian rekaan Polpat Asavaprapha.

KEMUNCULAN album mini salah seorang anggota kumpulan Blackpink pada Jumaat lalu mendapat perhatian peminatnya yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharu daripadanya.

Tidak hanya album itu menjadi perhatian, busana yang dipakai Lisa menerusi muzik video single pertamanya yang berjudul Lalisa turut menjadi tumpuan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada jalan mudah... Wanita ini anak Malaysia pertama bergelar penata gaya jenama pakaian lelaki di New York

Dalam muzik video itu, Lisa memberikan penghormatan terhadap akar budaya Thailand melalui pakaian dan konsep muzik video itu selain memastikan lagu, tarian dan liriknya menyelitkan gaya Thailand.

Lisa yang berasal dari Thailand turut memberi idea untuk memakai pakaian Thailand dalam muzik video itu dan gembira impian itu terlaksana.

"Saya beritahu saya ingin memakai pakaian tradisional Thailand dalam muzik video Lalisa dan ternyata hasilnya cukup mengagumkan. Saya benar-benar ingin memberikan penghormatan kepada negara kelahiran saya," ujar Lisa.

613c092a83b72

Lisa ingin mengetengahkan budaya Thailand dalam muzik videonya.

Busana yang digayakan Lisa juga sebenarnya mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal Thailand, Polpat Asavaprapha dibawah jenama ASAVA.

Polpat yang juga pengasas jenama fesyen mewah, Moo mereka gaun tradisional Thailand yang unik menggunakan kain sutera emas yang mengagumkan peminat apabila menonton muzik video itu.

Busana tradisional itu lengkap dengan jubah panjang serta skirt mini berkilauan emas. Kostum buatan tangan itu mendapat inspirasi daripada wilayah Lamphun di Thailand dan turut dihiasi kristal Swarovski.

Polpat memberitahu syarikat pengurusan Lisa, YG Entertainment menghubunginya untuk berkolaborasi menghasilkan gaun tradisional Thailand itu dengan sentuhan kontemporari.

"Mereka mencari pakaian dengan ciri tradisional Thailand kerana Lisa ingin memberi penghormatan kepada negaranya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain