suria

Semakin dicukur semakin tebal bulu yang tumbuh, benar atau mitos?

Mencukur bulu adalah perkara biasa dilakukan golongan wanita.

MENCUKUR bulu kaki sudah menjadi rutin terutamanya dalam kalangan wanita yang ingin tampil yakin dengan penampilan mereka.

Bagaimanapun ada berpandangan mencukur bulu kaki akan membuatkan ia tumbuh lebih lebat. Adakah pandangan itu benar atau sekadar mitos?

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba bermacam cara tetap ‘tak jalan’, ketahui sebab bulu kening mudah gugur

Sebenarnya pandangan itu tidak benar malah bulu tidak akan tumbuh lebih tebal sekiranya ia dicukur!

"Mencukur tidak mengubah proses pertumbuhan bulu menjadi lebih lebat," kata pakar dermatologi, Dr Annie Gonzalez.

Dr Annie menjelaskan selepas bercukur folikel rambut akan terus tumbuh di bawah kulit dan sebab itu juga seseorang akan mengalami kegatalan selepas bercukur.

Seseorang merasakan bulu yang tumbuh semakin lebat mungkin disebabkan ketika proses mencukur ia tidak terkena pada bahagian hujung bulu yang membuatkan ia tumbuh lebih cepat.

Sementara itu, Dr Annie memberitahu pendedahan terhadap sinaran matahari dan bahan kimia dalam produk mencuci badan boleh memberi kesan terutamanya pada warna bulu yang tumbuh selepas dicukur.

Namun katanya, ia bukan satu masalah dan adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain