ADA antara kita yang jarang memberikan perhatian kepada kebersihan telinga dan hanya menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan kotoran apabila perlu. Kotoran di dalam telinga (earwax) merupakan zat yang terbentuk daripada kelenjar sebaceous dan ceruminous pada saluran telinga.ARTIKEL BERKAITAN: Tahi telinga boleh 'ceritakan' tahap kesihatan anda, jika cokelat ertinya stres... jangan abaikan 5 petanda ini! Kelenjar ini kemudiannya bercampur dengan kulit yang menggelupas, bakteria, dan air yang terperangkap di saluran telinga. Sebenarnya pembentukan tahi telinga ini adalah normal malah ia turut mempunyai beberapa manfaat termasuk melindungi telinga daripada benda asing. Tetapi bagi sesetengah orang jumlah tahi telinga yang terhasil lebih banyak berbanding biasa dan ia mampu mengganggu fungsi telinga seperti pendengaran serta mengalami kegatalan. Berikut adalah beberapa penyebab kepada pembentukan tahi telinga yang lebih banyak daripada biasa. 1. Jangkitan Tahi telinga yang lebih banyak boleh disebabkan jangkitan dan kebiasaannya ramai tidak menyedarinya sehingga bahagian itu rasa gatal dan pendengaran seperti terjejas. 2. Penggunaan putik kapas Penggunaan putik kapas untuk mengorek tahi telinga boleh menyumbang kepada pertambahan tahi telinga. Ini kerana putik kapas dapat memecahkan sel kulit di dalam telinga dan memicu pembentukan tahi lebih banyak. Putik kapas juga boleh mendorong kotoran masuk lebih dalam dan menyebabkan masalah tersumbat seterusnya mengganggu pendengaran. 3. Air dengan klorin Tahi telinga kalis terhadap air tetapi ketika anda berenang di dalam kolam renang berklorin, ia boleh menyebabkan kegatalan dan menyebabkan pembentukan tahi telinga lebih banyak sebagai bentuk perlindungan. Sebab itu penting untuk mengeringkan bahagian ini selepas mandi bagi mengelakkan air tertinggal di dalam telinga. 4. Air sabun, syampu Tanpa disedari, ada sisa produk mandian sepeerti sabun atau syampu yang tersangkut di saluran telinga dan ini boleh menyebabkan kegatalan dan peningkatakan tahi telinga. Sekiranya ada produk digunakan menyebabkan tahi telinga semakin banyak, anda disarankan untuk menukar produk itu atau beralih kepada jenama yang lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI