TIDAK hanya rekaan dan potongannya, baju kemeja untuk lelaki dan wanita juga boleh dibezakan melalui butangnya. Jika anda perasan butang baju kemeja wanita berada di sebelah kiri sedangkan untuk lelaki di sebelah kanan. Apa sebabnya?ARTIKEL BERKAITAN: Jangan asal pakai, kaum lelaki kena tahu beza boxer dan brief Teori perbezaan perkara itu kerana cara atau kebiasaan lelaki dan wanita memegang sesuatu benda dan perkara ini sudah berlaku sejak zaman dahulu kala. Seperti contoh kaum lelaki pada zaman dahulu akan memegang pedang menggunakan tangan kanan sedangkan mereka perlu menanggalkan pakaian dengan cepat ketika dalam keadaan cemas akibat peperangan. Butang baju direka pada abad ke-13. Ini lebih memudahkan dan cepat menggunakan tangan kiri mereka untuk membuka butang baju yang terletak di bahagian kanan. Bagi wanita pula adalah disebabkan kebiasaan mendukung bayi. Wanita lebih cenderung mendukung bayi menggunakan lengan kirinya sehingga tangan kanan boleh digunakan untuk melakukan perkara lain. Dalam salah satu teori lain, untuk memudahkan proses menyusukan bayi, butang baju diletakkan di bahagian kiri bagi memudahkan wanita yang sedang mendukung anak membukanya menggunakan tangan kanan ketika ingin menyusu bayi mereka. "Ketika butang baju ditemukan pada abad ke-13, seperti kebanyakan teknologi baru, harganya juga sangat mahal. "Wanita kaya ketika itu dibantu oleh orang gaji mereka untuk memakaikan pakaian mereka. Bagi memudahkan proses pemakaian baju, butang di pasang di sebelah kiri bagi memudahkan ia dikancing oleh pembantu," kata Melanie M. Moore, seorang pereka fesyen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI