suria

Penat dan malas... cuci dulu solekan sebelum tidur jika sayangkan wajah anda

Cuci solekan sebelum tidur bagi mengelakkan kulit wajah menjadi rosak.

RAMAI wanita kerap tertidur dengan solekan di wajah kerana berasa letih dan malas untuk mencucinya selepas seharian berada di luar rumah.

Namun adakah amalan ini berbahaya bagi kulit? Jika ya, apakah bahaya yang menanti golongan yang gemar tidur tanpa membersihkan solekan terlebih dahulu ini?

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja gosok gigi, ada sebab penting amalkan cuci muka selepas bangun tidur!

Perkara pertama yang harus difahami adalah solekan yang tidak dicuci sebelum tidur boleh menyebabkan masalah jerawat, kegatalan, pori-pori tersumbat dan kulit cepat berkedut.

Ini kerana kulit manusia menggunakan waktu tidur sebagai tempoh untuk ia memulihkan diri daripada pelbagai tekanan dan untuk meperbaiki sel-selnya.

Tidur

Ada segelintir wanita yang terus tidur tanpa mencuci solekan terlebih dahulu.

Dengan membiarkan solekan pada wajah ketika tidur, maka penghalang bagi proses itu sudah terganggu.

Kesan pada mata

Tidur dengan solekan dapat merosakkan bahagian paling sensitif wajah iaitu mata. Oleh itu, kegagalan mencuci solekan terutamanya pada bahagian mata dapat merisikokan diri terhadap keradangan mata, jangkitan, mata menjadi merah dan kegatalan.

Atas sebab itu penting mencuci maskara, pembayang mata, eyeliner bagi menghindari bahan-bahan solekan itu termasuk ke dalam mata tanpa disedari ketika tidur.

Bagi yang memiliki kulit berminyak, mencuci muka dengan pencuci muka berbuih paling efektif. Manakala kulit sensitif, pembersih wajah tanpa buih bersesuaian.

Selepas mencuci wajah, wanita digalakkan untuk menggunakan tisu pembersih wajah untuk menanggalkan sisa kotoran yang masih tertinggal.

Selepas itu, boleh menggunakan pelembap wajah atau krim malam bagi memastikan kulit dalam keadaan lembap sebelum tidur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain