suria

Miliki bentuk tubuh menarik... Ketahui rahsia 5 bintang Kpop termasuk Jungkook BTS dan Rose Blackpink 

Jungkook BTS mengamalkan pelbagai senaman secara rutin.

BINTANG Kpop tidak hanya memiliki suara dan bakat yang dikagumi peminat sebaliknya bentuk tubuh mereka juga menjadi kegilaan.

Bentuk tubuh yang menarik tidak hanya menarik perhatian secara visual tetapi ia merupakan elemen penting bagi memastikan sentiasa bertenaga ketika berada di pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada jalan mudah... Wanita ini anak Malaysia pertama bergelar penata gaya jenama pakaian lelaki di New York

Demi memperolehi tubuh yang menarik, pelbagai cara dilakukan oleh bintang Kpop dan paling penting adalah ketekunan dan disiplin mereka.

Bagi yang ingin menjalani hidup lebih sihat, meniru senaman yang dilakukan oleh bintang Kpop boleh dilakukan dan berikut adalah senaman dilakukan mereka untuk mendapat tubuh menarik.

Jungkook BTS

1. Jungkook BTS

Selain bakat menyanyi dan menari, Jungkook juga dikagumi peminat kerana tubuhnya yang berotot malah dalam satu laporan mengatakan, ahli kumpulan BTS itu hanya memiliki 10 peratus lemak di dalam badannya.

Aktiviti BTS yang sangat padat dan tarian bertenaga memerlukan stamina dan tenaga untuk tampil di atas pentas. Jungkook menjadikan pelbagai aktiviti senaman sebagai rutin membakar lemak dan kalori.

Ini termasuklah melakukan 20 squat, 20 pushup, 20 jump squat, 20 pike push up, 10 plank, 20 mountain climber, 15 burpees, 20 crunches, 20 leg raises dan 20 superman’s exercises.

Rose Blackpink

2. Rose Blackpink

Blackpink merupakan salah satu kumpulan wanita yang terkenal dengan gerakan yang sangat bertenaga ketika di atas pentas dan memerlukan banyak latihan.

Salah seorang anggotanya, Rose cukup gemar melakukan senaman pilates untuk menambahkan staminanya.

Pilates diketahui mampu memperkuatkan sistem tubuh, memperbaiki postur badan serta meningkatkan kelenturan. Aktiviti ini juga boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh ketika melakukan pelbagai aktiviti fizikal.

Bagi menambah keseronokan pada senaman pilates, Rose menambah senaman seperti exercise ball, high shoulder bridges serta leg extensions dalam rutinnya.

Solar Momomo

3. Solar Mamamoo

Salah satu aktiviti senaman yang dilakukan oleh Solar Mamamoo adalah pole dance. Aktiviti ini merupakan kombinasi daripada tarian dan aerobik yang mampu menggerakkan tubuh secara keseluruhan.

Pole dance sangat membantu dalam meningkatkan kekuatan, stamina serta kelenturan tubuh. Solar turut mengakui mula mempelajari senaman itu pada 2018 dan terus mengamalkannya sehingga ke hari ini.

Momo Twive

4. Momo Twice

Demi menjaga kesegaran tubuh, Momo Twice mengaku melakukan senaman ringkas termasuk variasi plank untuk mendapat perut yang berotot.

Variasi gerakan yang dilakukan Momo disebut sebagai hip dip plank atau twist plank. Momo memberitahu melakukannya 50 kali sebanyak tiga kali sehari. Dia juga cuba memasukkan elemen senaman lain seperti crunches dan bicycle kicks dalam senamannya.

Kai EXO

5. Kai EXO

Kai EXO merupakan salah seorang idol dengan bentuk badan yang mengiurkan dan berotot. Untuk memperolehi tubuh seperti itu, terdapat pelbagai perkara perlu dilakukan.

Tidak hanya memberi tumpuan kepada senaman, Kai menjaga pemakanan dengan mengambil lebih banyak protein, rendah garam serta kurang kalori.

Kai juga gemar melakukan senaman seperti bech sit-up, bar pull-up dan senaman angkat bebanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain