BAGI sesetengah individu, bukan sahaja wajah menjadi sasaran tumbuhnya jerawat tetapi juga di bahagian lain yang menyakitkan mata. Kebiasaannya penyebab kepada masalah ini adalah serupa iaitu berkaitan hormon, inflamasi, sel kulit mati, atau peningkatan penghasilan minyak pada tubuh.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja gosok gigi, ada sebab penting amalkan cuci muka selepas bangun tidur! Tetapi seperti mana di wajah, jerawat yang tumbuh di bahagian badan juga boleh dirawat sekali gus mengembalikan tekstur kulit yang lembut dan licin. Pertamanya, seseorang perlu mengetahui dan memahami bagaimana cara mengesan sama ada biji yang timbul itu benar-benar jerawat atau sebaliknya. Dalam kebanyakan kes, jerawat yang tumbuh di bahagian bahu, belakang badan, pinggang serta punggung akan mengeluarkan nanah atau cecair putih ketika ditekan. Menurut pakar dermatologi, Dr Rita Linkner, ia berlaku kerana kesemua bahagian yang disebut itu memiliki kelenjar minyak yang dipanggil sebaceous yang merupakan akar penyebab jerawat tumbuh. Kebiasaannya, individu yang mengalami masalah jerawat pada wajah mempunyai risiko lebih tinggi untuk jerawat tumbuh pada bahagian badan mereka. Jerawat di badan boleh dirawat dan dihilangkan. Para atlet lebih rentan mengalami masalah ini disebabkan sering berada dalam keadaan berpeluh selain mengalami lebih banyak tekanan yang meningkatkan risiko jerawat pada badan. Selain itu, perubahan hormon seperti ketika hamil, menopause, datang haid juga boleh menyebabkan masalah itu. Bagi mencegahnya, seseorang perlu mandi lebih kerap apatah lagi selepas bersenam dan dalam keadaan berpeluh. Selain itu, penggunaan sabun yang sesuai dan mengandungi bahan-bahan pembunuh bakteria digalakkan untuk merawat jerawat dan mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam. Namun elakkan penggunaan sabun scrub kerana ia boleh membuatkan kulit bertambah rosak. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI