BENTUK bulu kening yang 'terletak' dapat membuatkan wajah kelihatan lebih simetrik dan penampilan seorang wanita lebih menarik. Tetapi sayangnya, semakin lama bulu kening akan menipis dan tidak kira bagaimana seseorang itu berusaha melakukan pelbagai rawatan untuk menebalkannya kembali, ia tetap akan menipis seiring dengan waktu.ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui punca tahi telinga tetap banyak walau sering dicuci Begitu juga garis halus dan kedutan pada wajah, kita tidak dapat menghentikan proses itu kerana ia adalah normal cuma terdapat beberapa cara untuk melambatkannya. Terdapat beberapa penyebab bulu kening seseorang menipis, termasuklah; 1. Penuaan kulit Seiring bertambahnya usia, adalah normal untuk rambut termasuk bulu kening dan mata menjadi nipis. Ini kerana, apabila kulit kehilangan keanjalannya, menyebabkan folikel rambut menjadi rapuh dan mudah tercabut. Folikel ini juga akan menghentikan penghasilan rambut dan sebab itu bulu kening nampak nipis dan tidak sekata. 2. Perubahan hormon Perubahan hormon sepanjang menopause juga boleh menyebabkan bulu kening gugur. Ketika seorang wanita mengalami perubahan ini, kadar hormon tertentu seperti prostaglandin, estrogen, dan progesteron mulai menurun, bulu kening juga boleh menjadi rapuh dan gugur. Pergeseran hormon ini biasanya menjadi salah satu penyebab utama bulu kening dalam kalangan wanita gugur. 3. Kekurangan gizi Kajian menunjukkan ada hubungan di antara kekurangan nutrisi dan keguguran rambut. Kadar zat besi, protein yang rendah boleh menjadi penyumbang kepada keadaan itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI