SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai penggemar kopi yang mencampur perahan jus lemon dalam minuman itu yang dianggap efektif menurunkan berat badan. Trend itu dipopularkan oleh seorang pengguna TikTok bernama Hilda Ama Braso yang menyarankan untuk menambahkan jus lemon dalam kopi, dipercayai dapat membakar lemak dengan lebih cepat.ARTIKEL BERKAITAN: Percaya atau tidak... gaya tidur dapat bantu turunkan berat badan! Tetapi sejauh mana kebenaran campuran kopi dan jus lemon dapat menurunkan berat badan? Pakar diet Persatuan Diet British, Marcela Fiuza memberitahu tiada penjelasan secara fisiologi yang membuktikan campuran kopi dan lemon dapat membakar lemak. Bagaimanapun kata Marcela, jus lemon secara umumnya dapat menurunkan indeks glikemik atau kadar gula yang diserap dalam darah. Tiada bukti secara fisiologi mengatakan campuran kopi dan jus lemon dapat membakar lemak. "Jika kita perah lemon dalam salad, kopi atau ikan, ia mampu melambatkan proses penyerapan karbohidrat. Itu bererti gula dalam darah tidak akan naik dengan mendadak. "Namun kesan jus lemon dalam menurunkan kandungan gula dalam darah bukan bererti ia dapat membantu menurunkan berat badan," jelasnya. Menjawab sama ada campuran jus lemon dapat memberi kesan kepada penurunan berat badan, Marcela menjelaskan ia mungkin dapat membantu mengurangkan nafsu makan seseorang. "Apabila gula dalam darah tidak naik terlalu tinggi, ia boleh mengurangkan nafsu makan tetapi ia adalah kesan secara tidak langsung," jelasnya. Sekiranya ingin mencuba cara itu, Marcela menyarankan agar garam atau gula ditambah untuk menyeimbangkan rasa kopi dan lemon. Jelasnya, cara itu mungkin berhasil kepada sesetengah individu dan sebaliknya. Kesan positif itu, kata Marcela berkemungkinan berlaku kerana mereka turut mengamalkan senaman dan mengubah pola pemakanan dan tidak hanya bergantung kepada resepi kopi dan jus lemon. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI