suria

Patut jadi rebutan! Ini 5 bahan semula jadi dalam produk kecantikan Korea

Terdapat pelbagai bahan semula jadi digunakan dalam produk kecantikan dari Korea.

PRODUK kecantikan dan rawatan wajah dari Korea Selatan semakin diminati kerana dikatakan lebih berkesan dalam usaha mencantikkan wajah seperti bintang Kpop.

Populariti produk ini bukan sahaja di negara Asia tetapi telah menular ke seluruh Eropah dan Amerika Syarikat apatah lagi kebanyakan produk keluarannya menggunakan bahan semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar betul... mandi air panas sama kesan bersenam? Jom baca fakta menarik ini

Dengan pelbagai inovasi dan teknologi yang digunakan, bahan-bahan semula jadi ini terus menjadi pilihan utama pengeluar produk yang percaya akan keberkesanannya.

Apa bahan semula jadi yang sering digunakan dalam produk kecantikan dan rawatan wajah di Korea?

Mutiara

1. Mutiara

Mutiara terbukti memiliki banyak manfaat untuk wajah termasuk mempercepatkan pertumbuhan kulit baharu, menyembuhkan jerawat, mengecilkan pori wajah.

Bahan semula jadi ini sudah lama dipakai dalam perawatan kecantikan tradisional di Korea Selatan sebelum banyak produk moden menggunakannya.

Mineral dalam mutiara dapat menjaga kulit agar tetap berasid dalam melambatkan proses penuaan serta mencegah keradangan.

Honey

2. Madu

Royal honey atau madu dianggap paling berkhasiat sebagai anti-penuaan untuk membantu menghaluskan garisan dan kerutan pada wajah. Bahan semula jadi ini juga sangat berharga kerana ia terhasil menerusi proses pengapaian selama 60 hari!

Ia dapat membantu meningkatkan kelembapan kulit wajah.

Yuza

3. Yuza

Yuza adalah sejenis buah limau yang tumbuh segar di Pulau Jeju, Korea. Buah ini mengandungi vitamin C tiga kali ganda berbanding lemon.

Buluh

4. Buluh

Buluh terbukti mengandungi antioksidan yang baik selain mengandungi anti-inflamasi dan antibakteria.

Kaktus

5. Kaktus

Minyak dan ekstrak kaktus cukup popular sebagai salah satu bahan dalam produk kecantikan di Korea. Ini kerana ia terbukti dapat meningkatkan kelembapan kulit wajah.

Selain itu, produk menggunakan campuran ekstrak kaktus juga dapat menyerap ke dalam kulit lebih cepat dan memberikan kesan wajah lebih sihat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain