suria

Nak kelihatan awet muda umpama wanita Jepun... apa kata cuba 8 tip ini

file6y1cr6fkofracldso2q

MEMILIKI wajah awet muda merupakan impian semua wanita.

Justeru itu, ramai wanita diluar sana yang mencemburui wanita Jepun yang bukan sahaja memilik kulit yang cantik, bersih dan berseri bahkan seolah-olah tidak dimamah usia.

Ini antara rahsia dan tabiat ketika makan wanita Jepun yang anda boleh cuba jika ingin kurangkan berat badan dan inginkan kulit cantik!



Makanan seimbang juga penting untuk kulit yang sihat dan awet muda.

1. Makanan sihat dan seimbang

Salah satu tip awet muda masyarakat di Jepun adalah makan makanan yang sihat dan seimbang.

Bak pepatah "You are what you eat" seorang pakar kecantikan di Jepun dan Ketua Pegawai Eksekutif Yibu Beauty, Steve Jan berkata apa yang dimakan akan mempengaruhi keadaan kulit seseorang itu.

Katanya, orang Jepun lebih gemar makanan yang berasaskan sayuran dan ikan, namun mereka kurang mengambil daging dan makanan tinggi gula.

Selain itu, wanita Jepun juga percaya bahawa teh hijau merupakan antara sumber yang menjadikan kulit seseorang itu cantik bercahaya.



Urutan wajah bantu hilangkan kedutan pada kulit.

2. Urutan wajah

Selain pemakanan, wanita Jepun juga percaya bahawa urutan wajah dapat menghilangkan kedutan pada kulit.

Mereka kebiasaannya akan memakai produk skincare kemudian mengurut lembut wajah dalam gerakan berpusing.

Amalan antipenuaan ini juga dapat membantu otot wajah rileks disamping meningkatkan peredaran darah.

Selain itu urutan ke atas pula dilakukan untuk membantu kulit muka yang jatuh.

Selain menggunakan tangan, aktiviti ini boleh dilakukan menggunakan alatan mengurut.



Rutin membersihkan muka juga amat penting untuk kulit yang kekal cantik berseri.

3. Disiplin menggunakan skincare

Menurut HealthSite, wanita Jepun melakukan sekurang-kurangnya empat rutin penjagaan kulit iaitu pembersihan berganda, dan pelembapan berganda.

Pembersihan berganda ini meliputi pembersihan menyeluruh pada kulit dengan menghilangkan solekan, sel kulit mati, minyak dan kotoran pada wajah.

Pembersihan pertama menggunakan pembersih berasaskan minyak diikuti dengan pembersih berasaskan air sabun.

Untuk kelembapan berganda pula, lotion digunakan untuk melembutkan dan menghidrasi kulit.

Kebanyakan wanita Jepun melakukan aktiviti membersih wajah di malam hari sebelum tidur dan mereka melakukannya walaupun tidak memakai solekan di wajah.



Pelindung matahari juga penting untuk kekal awet muda.

4. Menggunakan pelindung matahari atau sunscreen.

Percaya atau tidak, wanita Jepun menggunakan pelindung matahari tidak kira apapun cuacanya.

Menurut doktor kulit, Dr Jenny Liu kebanyakan pelindung matahari yang digunakan wanita Jepun dan Korea dihasilkan dengan tekstur yang lebih ringan serta mudah diserap kulit agar si pemakai terasa nyaman dan selesa untuk menggunakannya di sebalik solekan.



Mandi air panas mempunyai faedahnya yang tersendiri.

5. Mandi air panas

Mandi air panas sambil menghidu essense oil dan menikmati minuman teh adalah antara rutin kecantikan wanita Jepun.

Menurut Stylist, sebuah kajian dari Ehime Universiti di Matsuyama, Jepun mendapati bahawa mandi air panas secara teratur dapat membantu mengendurkan otot serta menyihatkan jantung dan membantu peredaran darah yang lebih baik.

Orang yang mandi air panas sekurang-kurangnya lima kali seminggu menunjukkan simptom aterosklerosis atau penumpuan plak di arteri lebih rendah.



Teh hijau tinggi dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

6. Minum teh hijau

Wanita Jepun juga minum dua hingga empat cawan kecil teh hijau sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit mereka.

Teh hijau dikatakan tinggi antioksidan dan sangat baik untuk membantu melindungi tubuh daripada rosak akibat terdedah kepada alam semulajadi dan penuaan.



Berhenti makan sebelum kenyang.

7. Berhenti makan sebelum kenyang

Di Jepun, kebanyakan keluarga akan duduk dan makan bersama.

Mereka juga akan berhenti makan ketika perut mereka baru 80 peratus penuh atau berhenti makan sebelum kenyang.

Pensyarah imunologi dari Universiti Sussex, Dr Jenna Macciochi menjelaskan, usus dan proses penghadaman memberi tekanan yang boleh membawa kepada keradangan yang dikatakan antara pendorong utama penuaan.

Otak memerlukan sekitar setengah jam untuk menyedari bahawa kita sudah berasa kenyang justeru itu adalah penting untuk kita berhenti lebih awal.



Senaman juga penting untuk kendurkan sendi.

8. Banyak bergerak

Wanita Jepun juga aktif bergerak dan melakukan aktiviti fizikal.

Mereka akan mengayuh basikal atau berjalan kaki serta melakukan aktiviti tai chi di taman.

Ketua perubatan di Now Patient, Dr Andrew Thornber menyarankan kita mengubah posisi duduk di kerusi setiap 30 minit atau berjalan kaki sebentar untuk mengendurkan sendi.

Thomber turut menyarankan supaya kita memulakan hari dengan melakukan rengangan supaya darah tetap mengalir dengan lancar. - Kompas. com

Artikel Lain