suria

Seram tengok harga menu semasa bercuti? Ini 5 sebab makanan di kawasan tumpuan pelancong lebih mahal

Harga jualan makanan di kawasan pelancongan adalah jauh berbeza dengan kedai di kawasan biasa.

BERIKUTAN kisah 'siakap kayangan' tular baru-baru ini, tentunya ramai yang takut untuk berbelanja semasa bercuti.

Persoalannya kenapa harga makanan di kawasan biasa lebih murah, sehinggakan beza separuh berbanding lokasi pelancongan, malahan ada yang tidak mengenakan caj perkhidmatan atau cukai?

ARTIKEL BERKAITAN: Warna terang, motif kotak-kotak antara 4 fesyen dijangka popular 2022

Ramai yang semakin takut pada tahap kebarangkalian mereka menjadi 'mangsa' seterusnya seperti kisah siakap itu.

Tetapi sudah menjadi kebiasaan tidak kisah di mana-mana sahaja tarikan pelancong itu, harga makanan dan minuman akan jadi lebih tinggi.

Barangkali ini adalah masa yang sesuai untuk melihat lebih mendalam mengenai perkara ini, sekaigus menghuraikan fakta atau fiksyennya.

1. Kedai atau tapak sewa mahal

Kawasan tarikan pelancongan adalah tempat untuk bercuti dan selalunya membelanjakan wang untuk kemewahan dan kesenangan.

Kos sewaan gerai atau kedai di kawasan pelancongan biasanya lebih tinggi daripada di luar lokasi ini.

Oleh itu, jika ahli perniagaan ingin menjual makanan dan minuman di sini, mereka terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.

Untuk memastikan keuntungan, makanan dan minuman yang mereka jual mestilah berganda harganya.

Lagipun, ia adalah perniagaan bukan amal jariah jadi sudah semestinya peniaga inginkan keuntungan.

2. Lokasi

Kebanyakan tempat indah di kawasan tarikan pelancong bukanlah di pusat bandar, tetapi biasanya di pergunungan, laut, tasik, sungai dan tempat terpencil lain.

Atas sebab ini, pengangkutan adalah sukar untuk didapati dalam kawasan ini.

Banyak tempat yang indah terletak agak jauh dari pusat bandar dan tiada apa-apa untuk dimakan di sekitar tempat indah ini.

Kedudukan lokasi yang terpencil bukan sahaja menjejaskan tempoh makanan tiba, tetapi juga menyebabkan kesegaran bahan tidak bertahan lama.

Apatah lagi pembinaan kos infrastruktur lebih tinggi di kawasan yang sering terpencil ini.

Sememangnya, perniagaan akan mengambil kesempatan daripada fakta ini dan mengenakan bayaran tinggi kepada pelanggan.

3. Kos

Selain bayaran sewa kedai, kos operasi perniagaan juga agak tinggi.

Bagi perniagaan di lokasi terpencil, mereka perlu membelanjakan lebih banyak untuk kos pekerja dan pengangkutan berbanding membawa barangan ke kedai makan di bandar.

Mereka perlu membawa masuk bahan mentah seperti bahan makanan secara berkala, meningkatkan kos operasi dengan ketara.

Sebagai contoh, tarikan pelancong di atas gunung mesti mengangkut bahan-bahan dari bawah.

Inilah sebabnya, sebagai contoh, burger makanan segera biasa berharga kurang daripada RM10 di kawasan tanah rendah, manakala burger di pusat peranginan tanah tinggi boleh mencecah sehingga RM40.

Bergantung pada lokasi, perniagaan juga mungkin perlu mengangkut bahan dengan bot.

Kesulitan ini juga boleh meningkatkan kos dengan ketara dan ia bukan hanya kerana restoran itu mewah.

4. Faktor musim

Pelancongan dibahagikan kepada luar musim dan musim puncak.

Kawasan pelancongan akan mempunyai lebih sedikit pengunjung di luar musim, jadi perniagaan hanya akan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi pada musim puncak tahun itu.

Pada musim puncak juga bilangan pelancong boleh menjadi sangat tinggi.

Oleh itu, aliran pelanggan harian adalah lebih tinggi daripada yang biasanya diterima oleh ahli perniagaan.

Disebabkan pelancong biasanya pergi makan pada waktu yang sama, bekalan adalah kurang daripada permintaan jadi harga akan meningkat mengikut kadar permintaan.

5. Psikologi 'one-time business'

Berbelanja di tempat tarikan pelancong selalunya merupakan urusan sekali sahaja bagi kebanyakan pengunjung dan kebanyakan mereka berkemungkinan besar tidak akan menjadi pelanggan tetap.

Oleh itu, peniaga akan mengenakan harga yang lebih tinggi untuk meraih keuntungan itu.

Tambahan pula, apabila orang bercuti, mereka cenderung kurang mengambil berat tentang perbelanjaan dan kos asalkan mereka berseronok di sana.

Lagipun, keseronokan adalah perkara yang paling penting apabila anda bercuti bukan wang ringgit.

Untuk bersikap adil kepada perniagaan yang jujur, mereka juga mengenakan bayaran lebih untuk penjagaan dan perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan.

Jadi, dengan mengambil kira faktor yang disebutkan di atas, anda boleh ambil idea yang lebih baik tentang cara menjimatkan kos makanan jika mahu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain