suria

Berfesyen sambil tutup perut buncit! Ini 5 pilihan baju yang boleh dicuba oleh wanita

Mereka yang memiliki bentuk tubuh yang gempal dan perut boroi sebenarnya boleh mengenakan pelbagai fesyen untuk menutupi bentuk badan.

SESEORANG yang memiliki perut buncit biasanya mengalami kesukaran untuk tampil bergaya, baik dari segi pemilihan pakaian, seluar mahupun aksesori.

Mereka yang berdepan masalah ini bukan sahaja hilang keyakinan diri, malah menghadapi kesukaran untuk menjalani aktiviti seharian.

ARTIKEL BERKAITAN: Runsing seluar nampak sendat sebab kaki besar? Ini 5 cara kecilkan paha, betis anda

Rata-rata pereka fesyen di dunia berpendapat, seseorang yang memiliki perut buncit tidak digalakkan untuk memakai pakaian terlalu ketat. Ini kerana, ia akan menonjolkan lapisan lemak pada tubuh.

Bagi mereka yang inginkan jalan penyelesaian, jangan bimbang, cara ini mungkin berkesan untuk menutupi perut buncit, termasuklah;

1. Baju longgar

Seiring dengan perkembangan, loose shirt atau baju longgar sudah sebati dengan penduduk Malaysia, malah ada yang menjadikannya sebagai satu fesyen utama untuk kegunaan sehari-hari.

Tidak hairanlah ramai yang memilih membelanjakan wang untuk menambah koleksi baju longgar kerana bentuk dan potongan baju menarik perhatian ramai.

Sememangnya pemakaian baju longgar sesuai untuk individu yang berdepan masalah perut buncit, hinggakan sukar untuk tampil bergaya sebelum ini.

2. Hoodie bersaiz besar

Pasti kita tidak asing lagi dengan oversized hoodie yang kini menjadi trend semasa dan sensasi.

Malah kebanyakan syarikat di dunia bersaing mengeluarkan hoodie bersaiz besar dengan tujuan menarik golongan muda meraikan jenama mereka.

Dalam pada itu, ia juga merupakan baju yang boleh dikenakan seseorang untuk menutupi perut buncit di samping tampil bergaya.

3. Drape blouse

Selain baju berukuran besar dan longgar, anda juga boleh tampil bergaya seperti model dengan memakai baju drape blouse.

Drape blouse mempunyai ciri-ciri yang medium ketat yang direka khas untuk pelbagai saiz badan agar mudah dipakai.

Menariknya, fesyen ini tidak ketat pada bahagian perut yang sememangnya akan membantu menutupi perut boroi.

4. Outer

Walaupun memakai t-shirt ketat di bahagian dalam, anda sebenarnya boleh menutupi perut buncit dengan pemakaian baju tambahan pada bahagian luar.

Seperti gaya fesyen yang hangat diperkatakan sekarang ini, orang ramai lebih gemar 'Mix 'N' Match' pakaian untuk nampak lebih bergaya dan mengikuti trend semasa.

Paling best, seseorang yang memiliki perut buncit itu bebas memilih pelbagai pakaian luar seperti cardigan, blazer, vest dan sebagainya.

5. Gaun ruffle

Jika ingin tampak anggun dengan reka bentuk baju yang lebih feminin, baju ruffle adalah pilihan yang tepat.

Selain boleh menutupi perut boroi, ia juga direka khas untuk menonjolkan penampilan yang lebih ayu khususnya wanita berkeperibadian lelaki.

Gaun ruffle ini juga bebas dipakai dan sesuai untuk pelbagai majlis, perayaan mahupun sebagai kegunaan setiap hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain