suria

Runsing seluar nampak sendat sebab kaki besar? Ini 5 cara kecilkan paha, betis anda

Kaki lebih mudah menyimpan lemak terutamanya bahagian paha dan betis.

UKURAN kaki yang besar dan gemuk cukup mempengaruhi penampilan sekali gus membuatkan postur tubuh kelihatan tidak seimbang.

Healthline melaporkan, bahagian kaki merupakan anggota badan paling mudah menyimpan banyak lemak terutamanya di bahagian paha dan betis.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, jangan silap teknik! 6 gaya solekan ini akan buat wajah anda nampak tua

Bagaimanapun terdapat cara mengecilkan kaki yang gemuk termasuk dengan melakukan beberapa gerakan senaman dengan memfokuskan pada bahagian otot kaki.

Terdapat beberapa cara mudah agar lemak-lemak tersebut dihapuskan dan menjadikan kaki nampak lebih kecil, ukuran ideal dan jenjang!

ilustrasi-diet-rendah-protein_169

1. Diet

Cara terbaik untuk mengecilkan kaki yang gemuk adalah melakukan diet sihat dan seimbang serta senaman secara rutin. Tidak hanya itu, defisit kalori juga boleh dilakukan dengan mengurangkan sekitar 250-500 kalori sehari.

Campuran diet dan senaman juga sebenarnya dapat meningkatkan proses metabolisme dan pembakaran lemak lebih cepat.

ilustrasi-jumping-jack_169

2. HIIT

HIIT atau senaman berintensiti tinggi berkala merupakan salah satu latihan paling efektif untuk membangunkan kekuatan otot kaki sekali gus menghancurkan lemak dalam tubuh.

Disebabkan intensiti latihan HIIT cukup tinggi, kebanyakan orang melakukannya hanya dua ke tiga kali dalam seminggu sesuai dengan ketahanan tubuh seseorang.

ilustrasi-lompat-tali-1_169

3. Kardio

Cara mengecilkan kaki yang gemuk termasuklah latihan kardio seperti berlari, lompat tali, berbasikal atau berenang.

Selain melatih kekuatan otot jantung, kardio juga bermanfaat memperkuatkan otot kaki serta memaksimumkan pembakaran lemak tubuh.

Senaman ini tidak hanya baik untuk mengecilkan kaki malah turut mampu mencairkan lemak sekiranya ia dilakukan sejam setiap minggu.

ilustrasi-mengukur-lingkar-perut-1_169

4. Latihan kekuatan otot

Strength training atau latihan kekuatan otot dikatakan dapat membakar lebih banyak kalori dan mampu meningkatkan otot, sendi dan menurunkan berat badan.

Latihan kekuatan otot ini melibatkan 30 peratus seluruh anggota badan terutamanya bahagian tubuh ke bawah termasuk kaki iaitu 70 peratus.

ilustrasi-squat_169

5. Latihan otot

Untuk menjaga kaki agar tetap kuat, sebaik-baiknya imbangkan dengan latihan khusus otot kaki. Latihan otot ini termasuklah sumo squat, side lunges, curtsy lunge, skaters dan side-lying adduction.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain