suria

Sama tapi tak serupa! Jom ambil tahu perbezaan BB Cream dan foundation

BB Cream dan foundation sering dilabel mempunyai fungsi yang sama namun ia sebenarnya ada perbezaan.

TIDAK hanya melitupi celahan pada wajah, BB (beaty balm) Cream dan foundation (bedak asas) termasuk rangkaian produk mekap yang lain juga berfungsi sebagai base untuk meratakan warna serta tekstur kulit.

Walaupun kedua-duanya adalah produk kosmetik dan sering dianggap mempunyai fungsi yang sama, namun terdapat perbezaan antara BB Cream dan foundation.

ARTIKEL BERKAITAN: Muka berpeluh dek kerana mask, 5 langkah ini dapat kekalkan solekan anda

ARTIKEL BRKAITAN: Dah bertahun usaha nak hilangkan masalah jerawat teruk, pemuda tak sangka penyelesaiannya ada pada produk free gift - “Selalu ponteng sampai dapat surat amaran”

Malah, cara penggunaan, tekstur, sehinggalah formulanya juga berbeza. Justeru penting untuk anda mengetahui perbezaan dua produk ini supaya ia digunakan mengikut keperluan.

Apa itu BB Cream?

BB Cream ialah krim kecantikan yang umumnya mengandungi pelembab, pelindung matahari, alas bedak dan primer, untuk memberi perlindungan dan menyekatakan tona kulit.

BB Cream boleh dikatakan sebagai produk baharu dalam dunia solekan. Bagaimanapun, konsep blemish atau beauty balm telah dicipta sejak tahun 1950-an lagi.

Menurut sejarah, pengasas BB Cream yang juga pakar kulit Jerman, Dr Christine Schrammek merawat pesakit dengan rawatan pengelupasan muka.

Christine memberikan Blemish balm cream untuk melembutkan dan melindungi kulit kepada pesakit - tidak terhenti setakat itu sahaja, krim sebenarnya berkesan untuk menyembunyikan bintik-bintik hitam dan kemerahan pada wajah yang didatangkan dengan tekstur ringan.

Apa itu Foundation?

Seperti namanya, foundation merupakan alas bedak dan selalunya digunakan sebagai permulaan tatarias sebelum memakai solekan pada wajah.

Foundation telah digunakan sejak zaman Yunani dan Mesir kuno atau sebelum Masihi. Pada masa itu bahan asas adalah serbuk plumbum dan kapur putih.

Penggunaan foundation dicipta untuk menyerlahkan penampilan kulit wajah agar kelihatan licin, cerah di samping tahan lama.

Pada masa ini, terdapat banyak inovasi yang berkaitan dengan formula asas berbeza, yang direka daripada cecair, krim, bedak, atau water-base.

Berikut merupakan fakta mengenai perbezaan antara BB Cream dan Foundation, termasuk;

1. Tekstur

Dari segi tekstur, BB Cream cenderung lebih ringan malah ada juga yang cair sehingga mudah disapu pada muka.

Untuk tekstur foundation, ia direka agak tebal, berat sedikit apabila digunakan supaya ia memberikan kemasan yang lebih matte tanpa gloss.

2. Tahap liputan

Tahap liputan atau keupayaan untuk menutup dan meratakan tona kulit dengan BB Cream adalah sederhana. Tahap sederhana ini malah cenderung ringan, sesuai untuk anda yang sukakan penampilan solekan 'no makeup' kerana ia kelihatan natural.

Manakala coverage yang dihasilkan oleh foundation pula agak tinggi dan berkesan menutup ketidaksempurnaan pada wajah seperti menutup parut jerawat atau bintik hitam.

3. Formula

Disebabkan formula yang ringan, BB Cream agak selamat digunakan sebagai asas solekan harian kerana ia tidak menutup pori-pori wajah.

Jika anda ingin mendapatkan wajah yang sangat sekata dan tertutup sempurna, anda boleh memilih foundation kerana formulanya yang pekat.

Walaupun terdapat perbezaan antara BB Cream dan foundation, pada masa ini kedua-dua produk telah menyediakan pelbagai rona yang boleh disesuaikan dengan warna kulit.

Formula BB Cream atau foundation juga jauh lebih kompleks, malah sesetengahnya dilengkapi dengan serum anti-penuaan, pelindung matahari SPF tinggi, dan bahan aktif untuk kulit yang berjerawat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain