suria

Jangan tahu makan je... 7 cara ini berkesan menahan lapar semasa diet, fakta terakhir paling menarik!

Kajian membuktikan makan berhati-hati mampu menurunkan berat badan kerana otak memainkan peranan dalam merancang tindak balas kepada perlakuan seseorang terhadap sesuatu.

BERDIET untuk menurunkan berat badan boleh terasa sangat menyeksakan, terutamanya apabila berhadapan dengan kelaparan.

Anda pernah berada disituasi dimana sandwich dan milkshake menjadi menu ruji harian, namun faktor diet anda perlu melawan rasa lapar demi menurunkan berat badan.

Jangan bimbang, beberapa kajian membuktikan kaedah dibawah membantu menahan rasa lapar bagi menyokong menurunkan berat badan, termasuk;

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis serik amal ‘diet air mineral’ selepas takut tengok kesannya, sekarang pagi-pagi dah makan nasi lemak

1. Sarapan berkhasiat

Sarapan membantu anda menurunkan lebih banyak berat badan. Ini mungkin bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Trifecta Nutrition, beberapa kajian telah mengaitkan sarapan pagi dapat mengawal kalori harian dengan lebih baik, terutamanya jika sarapan mempunyai protein yang tinggi.

2. Protein yang mencukupi

Bagi anda yang sudah biasa bersarapan, cuba masukkan sebahagian protein dalam menu. Protein akan membuatkan perut berasa kenyang lebih lama, tahap hormon kelaparan yang lebih rendah berpotensi membuat anda kurang makan pada hidangan seterusnya.

Menurut Healthline, jumlah pengambilan protein adalah sekurang-kurangnya 20-30 peratus daripada jumlah pengambilan kalori atau 0.45-0.55 gram setiap paun berat badan (1-1.2 gram setiap kg berat badan).

3. Pengambilan serat

Pengambilan serat yang tinggi akan melambatkan proses penghadaman dan menjejaskan pelepasan hormon kenyang yang meningkatkan kepuasan.

Bukan itu sahaja, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang membantu menghasilkan asid lemak rantai pendek dalam usus yang dipercayai dapat memanjangkan rasa kenyang.

4. Kurangkan gula

Selain pengambilan gula yang betul, anda perlu mengelak pengambilan yang tidak perlu seperti yang menghasilkan 'kalori kosong'.

Makanan dengan 'kalori kosong' hanya menambah kalori tanpa memberi sebarang nutrisi.

Seterusnya, kurangkan pengambilan gula tambahan (stevia) - gula mungkin memberi tenaga yang segera, tetapi ia akan menurunkan tahap tenaga badan serta-merta yang biasanya terdapat dalam roti putih, gula-gula, kek, dan biskut.

5. Minum air putih sebelum makan

Sebelum makan, anda perlu minum segelas air. Segelas air akan membuatkan anda lebih kenyang, dan kurang rasa lapar selepas makan.

Menurut Medical News Today, kajian ke atas 50 wanita yang berlebihan berat badan mendapati, apabila mereka diminta minum 1.5 liter air sehari selama lapan minggu ia telah menyebabkan selera makan dan berat badan berkurangan.

6. Bersenam sebelum makan

Selain minum air, anda juga boleh cuba bersenam sebelum makan.

Kajian semula terhadap 20 penyelidikan berbeza mendapati hormon kelaparan boleh ditindas dengan berkesan selepas bersenam, terutamanya senaman intensiti tinggi.

7. Makan perlahan

Amalkan kesedaran dengan cara yang mudah termasuk makan secara berhemah. Otak memainkan peranan penting dari segi selera makan.

Jika anda makan dengan fokus, berhati-hati, tanpa gangguan, anda tidak akan berasa cepat lapar dan tidak akan makan berlebihan dalam hidangan seterusnya.

Bagaimana untuk makan dengan penuh perhatian? Anda perlu menjauhkan diri daripada gangguan seperti telefon bimbit, televisyen dan fokus pada rupa, tekstur, bau dan rasa makanan semasa anda makan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain