SEIRING dengan perkembangan, gaya rambut antara salah satu trend utama masyarakat kini untuk menjadikan penampilan lebih menarik. Bagaimanapun, penataan pelbagai gaya rambut tanpa mengutamakan penjagaan yang rapi boleh menyebabkan kerosakan pada rambut.ARTIKEL BERKAITAN: Patut jadi rebutan! Ini 5 bahan semula jadi dalam produk kecantikan Korea Penduduk kini kerap mengikuti trend semasa dengan mewarnai rambut terlalu kerap sehingga ia mengakibatkan rambut menjadi keras apabila menyikatnya atau penggunaan secara berulang pengering rambut. Berikut merupakan gaya rambut yang berpotensi menimbulkan masalah pada rambut, termasuk; 1. Ekor kuda Ekor kuda sememangnya gaya rambut yang paling praktikal dan ringkas - bagaimanapun, jika dilakukan secara berterusan di kawasan yang sama, gaya ini boleh menyebabkan masalah. Apabila bahagian rambut yang sama terus di tarik, ia boleh memberi tekanan pada rambut dan kulit kepala, terutamanya jika anda mengulanginya dalam kedudukan sama. "Getah yang digunakan untuk mengikat juga boleh menyebabkan banyak pergeseran, jika digunakan berulang kali ia akan menyebabkan rambut kusut dan putus," kata pendandan rambut, Michelle Pasterski Messen. 2. Mengikat rambut ke atas Gaya ini sering digunakan dalam aktiviti harian tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh menjejaskan kondisi rambut asal. Dalam gaya ini, rambut ditarik dengan sangat ketat di bahagian atas kepala menyebabkan tekanan dan kerosakan padanya. Menurut Messen, sama ada memiliki rambut yang keras atau lembut, ia tetap akan mengundang masalah kerosakan pada kesihatan rambut. Penyelesaiannya, turunkan lokasi sanggul supaya tidak terlalu tepat di atas kepala, pastikan menggunakan tali getah atau pengikut rambut yang elastik dan lembut. 3. Ikat terlalu ketat Mengikat rambut dengan ketat menggunakan pelbagai gaya menarik adalah sememangnya bagus untuk rambut dengan tekstur beralun semulajadi. Namun perlu di perhatikan kesan buruk yang akan timbul di kemudian hari. "Walaupun memiliki pelbagai gaya, tetapi masih diikat terlalu ketat akan menyebabkan kerosakan pada rambut dan kulit kepala," kata penggaya rambut Brittany Johnson. Johnson mencadangkan untuk meninggalkan beberapa helaian rambut di sekeliling tepi semasa membuat gaya tersebut disamping tidak mengikat terlalu ketat. 4. Penyambungan rambut Walau apapun kaedahnya, proses sambungan rambut yang tidak dipasang dengan betul boleh menimbulkan banyak titik ketegangan di kepala. Lebih teruk lagi, kata pendandan rambut, Tracy Ftacek, sambungan rambut yang salah boleh berakhir dengan alopecia areata (kebotakan) di mana keadaan rambut gugur disebabkan rambut ditarik dengan cara yang sama untuk masa lama, menyebabkan kesan-kesan botak kecil di sepanjang kulit kepala ketara. Ftacek berkata, individu yang ingin menjalani proses penyambungan rambut perlu memastikan ia dilakukan secara professional. 5. Menggayakan rambut semasa ia masih basah Mencipta sebarang jenis gaya rambut basah adalah 'resipi' muktamad untuk kerosakan. Apabila basah, rambut berada pada tahap paling lemah ia akan menjadi kurang anjal dan lebih mudah putus. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI