PEMAKAIAN pelitup muka kini menjadi salah satu keutamaan di dunia, malah ramai yang menggunakannya bukan sahaja untuk mencegah virus Covid-19 tetapi juga menjadi sebahagian daripada aksesori dan fesyen semasa. Rata-rata masyarakat kini lebih gemar memilih pelitup muka yang memiliki pelbagai corak dan warna menarik. ARTIKEL BERKAITAN: Wajib pakai pelitup muka walaupun negara masuk fasa endemik Seiring dengan perkembangan penularan Covid-19, orang ramai juga mementingkan pelitup muka pakai buang tiga lapisan. Malah kini amalan menyimpan stok topeng dan dibawa kemana sahaja telah menjadi satu kebiasaan kerana ia dapat memberi perlindungan dan membantu menghalang pelepasan rembesan apabila seseorang batuk atau bersin. Pakar penyakit berjangkit, Klinik Cleveland Kampus Utama, Dr Steve Gordon. Seiring perkembangan ini, pelbagai jenis pelitup muka dijual di pasaran, tetapi malangnya tidak semuanya berkesan dalam menghalang penerimaan virus varian Omicron. "Pelitup muka yang dipakai, menurut kajian, boleh menyekat laluan zarah virus ke udara di sekeliling kita di samping dapat membantu mencegah penyebaran virus," kata pakar penyakit berjangkit, Dr Steven Gordon. Menurut Dr Gordon pelitup muka diperbuat daripada bahan seperti kapas, tidak dapat memberikan perlindungan berkesan daripada pendedahan kepada virus yang sangat menular seperti varian Omicron. Untuk rekod, di Malaysia kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka apabila berada di tempat-tempat awam. Berikut adalah jenis pelitup muka yang berkesan dan kurang berkesan dalam mencegah varian Omicron: Pelitup N95 biasanya digunakan oleh mereka yang bekerja di sektor pembangunan. - Gambar hiasan 1. N95 Pelitup muka ini, biasanya digunakan dalam tetapan penjagaan kesihatan, memiliki bentuk yang sangat sesuai dengan wajah. Ia juga mempunyai pengedap logam boleh laras di bahagian hadapan. Berdasarkan pemantauan, N95 sangat cekap dalam menapis udara dan mampu menapis kira-kira 95 peratus zarah di udara. Pemakaian pelitup muka KN95 menjadi antara pilihan golongan muda pada masa kini. -Gambar hiasan 2. KN95 Pelitup muka jenis KN95 pula direka khas untuk kesesuaian kepada semua bentuk wajah. KN95 boleh membentuk lekukan kecil di atas mulut dan hidung yang memudahkan anda bernafas apabila memakainya. Menurut kajian topeng jenis ini juga mampu menapis kira-kira 95 peratus zarah di udara. Tidak hanya itu, ia turut digunakan untuk penggayaan kepada si pemakai. Pelitup muka jenis KF94 menjadi pilihan golongan remaja masa kini. - foto Instagram @jhjh06_92 3. KF94 Bentuk pelitup muka KF94 memiliki bentuk yang hampir sama dengan KN95, mampu menapis 94 peratus zarah di udara. Pada mulanya KF94 diperkenalkan di Korea Selatan sebelum ia menembusi peringkat global. Lihat sahaja Malaysia, kebanyakan penduduknya memilih untuk memakai KF94 bukan sahaja kerana kesesuaiannya dengan pelbagai bentuk wajah, tetapi ia turut di gayakan dengan warna pakaian, majlis dan sebagainya. Namun tidak dilupakan pemakaian pelitup muka pelbagai jenis, corak dan warna masih memiliki tujuan utama untuk melindungi dan mencegah daripada penularan virus Covid-19 terutamanya varian Omicron yang berbahaya kepada semua penduduk. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI