SEMAKIN meningkat usia, proses penuaan semula jadi pasti akan berlaku secara perlahan-lahan. Disebabkan telah menjadi kebiasaan penduduk kini dengan menumpukan perhatian kepada anti penuaan, sebenarnya ia masih boleh dicegah dengan mengamalkan diet terkawal.ARTIKEL BERKAITAN: Jaga makan tapi masih tak kurus... Ini 5 punca diet anda gagal! Selain menyediakan makanan berkhasiat, diet anti-penuaan juga memberi perhatian kepada cara anda menguruskan tekanan dengan baik. Namun, makanan mestilah memenuhi prinsip pemakanan sihat yang seimbang dan terdiri daripada karbohidrat, protein, serat, vitamin, mineral dan lain-lain. Diet anti-penuaan mengutamakan sumber makanan terbaik terutamanya yang tinggi dengan antioksidan. Berikut merupakan amalan diet anti-penuaan yang disyorkan dan perlu dielakkan, termasuk; Pilihan makanan 1. Salad romaine Salad ini terdiri daripada pelbagai sayur-sayuran hijau yang tinggi kandungan vitamin A dan C seperti bayam, lobak merah, brokoli, selada air dan lain-lain. 2. Ikan Salmon Salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi untuk melawan keradangan. Selain salmon, tuna juga mengandungi alternatif yang sama dan berkhasiat. 3. Yogurt Jenis yogurt terbaik untuk melawan penuaan ialah yogurt Bulgaria, ia mempunyai bakteria baik yang berkesan untuk mengekalkan kesihatan badan secara keseluruhan. 4. Buah beri Secara purata, buah beri sangat tinggi dengan vitamin C dan antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan kulit dan membantu menangkis radikal bebas. 5. Sayur hijau Anda juga dinasihatkan untuk memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau, makanan yang satu ini dipercayai mampu mengurangkan garis-garis halus yang menyebabkan kedutan pada wajah. 6. Tomato Menurut Institut Penyelidikan Kanser Amerika, tomato mengandungi lycopene yang mempunyai sifat anti-kanser, terutamanya kanser kulit. 7. Avokado Vitamin E yang tinggi dalam avokado dapat mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit supaya kelihatan muda, biasanya buah itu digunakan secara meluas sebagai bahan utama dalam produk kecantikan. 8. Tembikai susu dan tembikai Salah satu buah terbaik yang boleh mencegah penuaan ialah tembikai susu dan tembikai. Kedua-duanya tinggi dengan vitamin B, C dan E. 9. Bawang putih Campuran bawang putih dalam dos yang munasabah ke dalam diet juga berguna sebagai antioksidan yang boleh mencegah penuaan. 10. Kekacang Kekacang adalah sumber protein yang baik dan sarat dengan serat dan nutrien seperti kacang hitam, kacang dal, atau cannellini (white bean). 11. Air mineral Secara teorinya, air mineral adalah sifar kalori - berguna dalam mencegah penuaan pramatang dan mengekalkan kelembapan. Umum di ketahui minuman itu disyorkan kerap diambil mengikut keperluan badan supaya jumlah cecair dapat dikekalkan. Elak makanan ini Kategori makanan yang mesti dielak secara amnya bukan sahaja mempercepatkan penuaan, malah risiko penyakit berbahaya seperti diabetes jenis 2 kepada obesiti. Inilah senarainya; a. Makanan yang bergoreng b. Pastri yang mengandungi gula tinggi dan tepung tambahan c. Makanan tinggi lemak dan garam d. Makanan diproses dan diolah e. Makanan ringan f. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol g. Makanan dari sumber isi dalaman haiwan Cara Mengamalkan diet anti-penuaan Diet ini boleh dilakukan dengan memberi perhatian utama kepada perkara-perkara berikut, antaranya seperti; a. Pemakanan yang sihat dan seimbang b. Pengambilan makanan yang tinggi antioksida c. Memenuhi keperluan harian untuk mengelakkan hidrasi d. Mengehadkan pengambilan gula tambahan e. Mengambil suplimen tambahan (pilihan) f. Bersenam secara teratur sekurang-kurangnya 3 kali seminggu g. Menguruskan tekanan dengan baik h. Rehat yang cukup dan elakkan berjaga lewat malam Kunci kejayaan diet anti penuaan adalah jangka panjang - ia memerlukan minda yang betul untuk mencipta gaya hidup sihat untuk hasil yang maksimum. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI