MASALAH kulit seperti jerawat atau jeragat yang muncul pada wajah seseorang adalah tidak menentu, malah tona kulit yang tidak sekata juga mencetuskan rasa tidak selesa serta kurang keyakinan diri. Biasanya warna kulit tidak sekata berlaku disebabkan oleh parut jerawat, pendedahan kepada cahaya matahari, usia, atau faktor hormon.ARTIKEL BERKAITAN: Amalan cuci tangan memang bagus, ketahui kesan sampingan kerap guna hand sanitizer "Yang paling biasa adalah disebabkan oleh pendedahan matahari. Melanosit kita (sel yang memberi warna kulit) diaktifkan oleh cahaya matahari dan membuat lebih banyak warna sebagai tindak balas. Warna coklat biasanya terhasil daripadanya, manakala bintik hitam berkembang selama bertahun-tahun akibat pendedahan matahari yang berpanjangan tanpa perlindungan," kata Pakar Dermatologi, Laura Scott. Berikut merupakan beberapa cara untuk menjadikan tona kulit lebih sekata, seperti; 1. Mengelupas sekurang-kurangnya sekali seminggu Scott berkata, lapisan atas kulit kebanyakannya terdiri daripada sel kulit mati. Pengelupasan kulit secara teratur membantu mempercepatkan proses membuang sel kulit mati, menjadikan kulit lebih cerah dan licin. Pakar Dermatologi Dr Pimple Popper, Sandra Lee, menambah bahawa orang ramai disarankan untuk memberi perhatian kepada keadaan kulit apabila memilih untuk pengelupasan. Jika kulit kering dan mempunyai tekstur yang tidak sekata, anda mungkin memerlukan pengelupasan fizikal dan kimia. "Mereka yang terdedah kepada jerawat harus mengelakkan pengelupasan fizikal kerana kasar dan boleh merengsakan kulit yang meradang," kata Lee. 2. Cuba gunakan asid glikolik Produk skincare kini ada yang menawarkan kandungan bahan aktif yang dinilai ampuh mengatasi masalah kulit. Untuk persoalan warna kulit kurang merata, disarankan memilih produk skincare dengan kandungan asam glikolat atau glycolic acid. Scott menjelaskan bahawa asid glikolik ialah asid alfa hidroksi (AHA) yang meningkatkan pengeluaran kolagen dan membantu memecahkan protein dengan bertindak sebagai 'gam' yang mengikat sel-sel kulit mati bersama-sama. "Ia menakjubkan untuk merawat jerawat, memudarkan bintik-bintik gelap dan parut cetek, malah garis-garis halus," katanya. 3. Aplikasi serum vitamin C Vitamin C biasanya disertakan dalam satu siri rawatan untuk mendapatkan kulit yang lebih segar dan melawan penuaan pramatang. Antioksidan yang kuat ini juga mampu membantu menjadikan tona kulit lebih sekata. "Ia menghalang enzim (tyrosinase) yang digunakan dalam penghasilan pigmentasi atau melanin, yang menjadikannya agen pencerah yang berkesan," kata seorang Pakar Dermatologi dan Penolong Profesor di Jabatan Dermatologi, Universiti Minnesota, Jenny Liu. 4. Tabir pelindung sinaran matahari Satu elemen yang anda tidak boleh ketinggalan semasa menjaga muka ialah penggunaan krim pelindung matahari. Menurut laman Healthline, pelindung matahari bukan sahaja menghalang kemerahan dan pengelupasan kulit akibat pendedahan matahari, tetapi juga menghalang pembentukan bintik-bintik gelap. 5. Pilih diet yang sihat Anda harus mula menyusun dan memilih makanan yang menjadi pengambilan harian. Sesetengah jenis makanan perlu dielakkan atau dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata. A. Pengambilan alkohol akan mengakibatkan pembesaran saluran darah dan menjadikan muka lebih merah. B. Makanan pedas juga boleh menyebabkan kemerahan pada wajah. C. Makanan yang tinggi gula yang mempercepat tanda penuaan dan bintik-bintik gelap. D. Produk tenusu, boleh mencetuskan pelbagai jenis iritasi termasuk jerawat. E..Makanan ultra-diproses dan berminyak. 6. Pastikan badan dan kulit terhidrat Pastikan badan anda terhidrat dengan baik di samping memenuhi keperluan cecair harian. Perlu kerap menggunakan pelembab dalam menangani kulit kering dan kemerahan. Untuk kulit badan, gunakan losyen, terutamanya dengan kandungan pelindung matahari, ini akan membantu mengelakkan kemunculan kedutan dan bintik-bintik gelap yang mewujudkan tona kulit yang tidak sekata. Itulah cara untuk menjadikan tona kulit lebih sekata. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI