suria

Banyak kejadian renjatan elektrik akibat alat pemanas air, sebenarnya mandi air sejuk lebih banyak manfaat!

Mandi air sejuk lebih memberi manfaat kepada kulit dan kepala.

BEBERAPA kejadian renjatan elektrik alat pemanas air yang dilaporkan cukup membimbangkan apatah lagi ia boleh meragut nyawa mangsa.

Sebenarnya mandi menggunakan air sejuk adalah pilihan lebih baik berbanding air panas terutamanya untuk kesihatan seperti meningkatkan aliran darah, memulihkan sakit otot dan ejen stimulasi penurunan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hitam dan kasar... Apa kata cuba 5 cara cerahkan kulit ketiak

Tetapi tahukah anda, mandi menggunakan air sejuk juga boleh memberi manfaat kepada kecantikan kulit dan rambut.

Berikut adalah beberapa kebaikan air sejuk untuk kecantikan kulit dan rambut anda.

360_F_327629874_Hed3wXgBnNGbi6wmOP6vu9Mfh2wKsal0

1. Jaga kelembapan kulit

Air panas boleh mengikis kelembapan kulit tetapi berlainan pula dengan air sejuk yang membuatkan kelembapan kulit sentiasa terjaga.

Malah ia mampu merawat kulit yang terdedah kepada jangkitan memandangkan ia tidka melarutkan minyak dalam kulit.

2. Kulit tegang dan awet muda

Di samping penggunaan produk kecantikan kulit, seseorang juga boleh menjaga kulit agar tetap segar dengan mandi menggunakan air sejuk. Ini kerana air sejuk boleh merangsang otot-otot kecil dan pori-pori agar lebih tegang dan nampak awet muda.

Air sejuk juga dapat meningkatkan peredaran darah yang secara tidak langsung boleh membuatkan pori-pori tertutup dan menjaga kulit daripda radikal bebas.

3. Menguatkan rambut

Sebum merupakan minyak semula jadi yang melindungi kulit dan rambut. Air panas akan melarutkan sebum yang mana membuat rambut menjadi kering dan mudah rosak.

Mandi dan meramas rambut dengan air sejuk akan mencegah kehilangan sebum malah menguatkan rambut serta mencegah keguguran.

Rambut

4. Menjaga kulit kepala

Menyiram air panas ke bahagian kepala boleh mengikis minyak semula jadi pada kulit sehingga menyebabkan rambut menjadi kering, kulit kepala gatal dan kemerahan.

Air sejuk sebaliknya melindungi kulit kepala dan rambut malah membuatkan rambut sentiasa lembut dan sihat.

5. Rambut lembut dan bersinar

Rambut manusia dilindungi oleh lapisan dikenali sebagai kutikula dan udara atau air panas boleh membuka lapisan tersebut yang akhirnya menyebabkan rambut mudah putus.

Air sejuk pula berfungsi menutup pori-pori dan kutikula sehingga rambut tetap terpelihara dengan kelembapan, lebih halus, berkilau dan tidak kusut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain