suria

Kegilaan setiap wanita... ketahui 4C elak beli berlian palsu!

Berlian boleh menjadi koleksi yang tak lekang oleh waktu.

BERLIAN merupakan penyeri bagi setiap wanita kerana kilauannya sangat memukau dek mata yang memandang. Perhiasan berlian juga dapat meningkatkan keyakinan diri pemakainya, selain menjadi koleksi yang tak ditelan zaman.

Dengan keunggulan berlian, batu permata ini menjadi salah satu ‘fashion item primadona’ bagi menambahkan seri koleksi barang kemas seperti cincin, rantai, anting- anting, dan gelang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sederhana tetapi klasik... Rico Rinaldi, Mis Claire tampilkan rekaan buat wanita plus size

Namun, sebelum membuat keputusan untuk membeli, anda harus meneliti beberapa perkara mengenainya untuk memastikan keasliannya.

Kriteria yang digunakan untuk memilih berlian menggunakan piawai penilaian antarabangsa daripada Gemological Institute of America (GIA) iaitu 4C, Clarity (kejernihan), Color (warna), Carat (karat), dan Cut (potongan).

file7k6i3v4z4av7y0laosy

1. Clarity (Kejernihan)

Seperti kebanyakan batu permata, berlian juga tidak lari daripada mempunyai kecacatan yang mempengaruhi lapisan kejernihannya. Kecacatan berlian ini terjadi dari titik, goresan, atau bentuk menyerupai gelembung air.

Kecacatan besar dapat mengurangkan harga berlian bahkan jumlah kecacatan yang banyak akan menyebabkan harga berlian semakin turun. Lokasi kecacatan juga penting untuk mengenalpasti kualiti sesuatu berlian.

GIA menggolongkan kerjernihan berlian dalam beberapa lapisan bermula dengan ‘Flawless’ (FL), ‘Internally Flawless’ (IF), ‘Very Very Slightly Included’ (VVS), ‘Very Slightly Included’ (VS), hinggalah ‘Included’ (I).

1574870857162

2. Color (Warna)

Warna merupakan faktor utama yang harus diperhatikan sebelum membeli berlian. Hal ini kerana warna berlian akan menentukan harga dan kecantikannya.

Berlian berasal dari karbon yang mengalami pemampatan sehingga pengerasan. Proses itu menghasilkan batu super keras yang berwarna bening dan berkilau.

Namun, zat- zat lain seringkali muncul dalam proses tersebut. Hal ini dapat menimbulkan warna lain pada berlian.

Sebagai contoh, zat nitrogen dapat menghasilkan warna kekuningan dan kristal lain boleh membuat berlian bertukar menjadi kecokelatan.

Berlian jernih tanpa warna lain digolongkan sebagai berlian langka dan harganya juga menjadi lebih mahal.

GIA menetapkan skala warna berlian bermula dari D hingga Z. Tingkat warna berlian yang tertinggi dengan jejak warna yang paling sedikit digolongkan dalam golongan D, manakala berlian yang mempunyai warna terendah dengan banyak jejak warna digolongkan di skala Z.

berlian-pink-sakura-1_169

3. Carat (Karat)

Berlian diukur berdasarkan berat atau carat. Karat merupakan satuan massa yang setara dengan 0.2 gram.

Ukuran karat pada berlian sangat berbeza berbanding emas. Kadar karat tinggi menunjukkan bahawa berlian memiliki ukuran besar. Oleh sebab itu, harganya menjadi lebih mahal.

Berbeza dengan emas, karat digunakan sebagai penunjuk keaslian. Sebagai contoh, 24 karat (K) bermaksud emas tulen, sedangkan 18K menandakan perhiasan terdiri daripada 18 bahagian emas dan enam bahagian logam campuran lain.

4. Cut (Potongan)

Potongan berlian merupakan indikator paling penting yang akan menentukan pantulan cahaya sehingga menghasilkan keindahan tertentu.

Berlian yang dipotong dengan tepat akan menghasilkan pantulan cahaya yang indah, walaupun warna atau kejernihannya tidak begitu memuaskan hati.

GIA menentukan tingkat mutu pemotongan berlian bermula dari Cemerlang, Sangai Baik, Baik, hingga Tidak Baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain