suria

Wajah kurang glowing ketika berpuasa? Rajin mandi salah satu daripada 6 penyelesaiannya

Kerap mandi boleh menjaga kelembapan kulit anda.

PASTI setiap wanita idamkan kulit glowing semasa raya. Namun, di kala Ramadan biasanya kulit akan tampak kurang bermaya sewaktu berpuasa seharian.

Kulit yang terdedah akan mengalami kekurangan mineral dan nutrisi sewaktu kita menjalani ibadah puasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah ayu jelita, rupa-rupanya ‘niacinamide’ rahsianya... Ketahui 5 manfaatnya nak kelihatan awet muda

Dehidrasi juga akan berlaku apabila kita tidak minum air dengan cukup ketika berbuka puasa mahupun sahur.

Apabila masalah tersebut terjadi, maka sudah tentu kulit yang dirawat setiap hari akan lebih kering dan kelihatan tidak segar.

Kulit yang kering dan kusam pasti tidak diingini setiap wanita. Hal ini dapat mengganggu penampilannya seterusnya akan menganggu mod seharian.

Kalau kamu inginkan kulit yang glowing walaupun pengambilan makanan dan minuman yang berkurang sewaktu berpuasa, ikuti enam tips di bawah

Kulit glowing mampu meningkatkan keyakinan diri wanita

1.Gunakan face mist ketika sahur

Waktu sahur harus dimanfaatkan untuk membuatkan wajah kelihatan segar. Caranya adalah dengan menyembur face mist ke arah muka.

Face mist adalah salah satu produk yang boleh merawat kulit dan bertindak menjaga kelembapan. Bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, face mist ini sangat sesuai untuk anda!

_methode_times_prodmigration_web_bin_2fe62fca-b690-33ec-be94-52083763f807

2. Jangan malas mandi

Walaupun sedang berhibur atau menikmati hari minggu, rajinkan diri untuk mandi. Mandi adalah salah satu kunci untuk kesihatan kulit kita.

Ada banyak manfaat yang boleh dirasai jika menyegerakan waktu mandi di pagi hari. Salah satunya adalah dapat meningkatkan daya tahan badan.

hbz-budget-moisturizers-index-1600716303

3. Pakai pelembab muka dan losyen badan

Jangan tinggalkan rutin memakai pelembab muka dan losyen badan untuk mengekalkan hidrasi pada kulit wajah dan badan.

Pilih kandungan bahan yang tepat bersesuaian dengan keadaan muka dan badan kita.

Pelembab dan losyen badan memainkan peranan untuk mencegah kulit kering dan mengelupas.

Selain itu, sunscreen yang mempunyai SPF yang tinggi juga wajib digunakan seharian. Sunscreen mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) lebih-lebih lagi ketika melakukan aktiviti luar.

Sinaran UV yang terdedah kepada kulit mampu merosakkan serat pada kulit yang dikenali sebagai elastin dan pecahan serat ini akan mengendurkan dan meregangkan kulit.

Kulit yang terdedah dengan cahaya matahari tanpa menggunakan sunscreen akan cepat terjadinya penuaan.

FOTO_UTAMA

4. Pakai lip balm

Pasti bibir akan kering, pecah-pecah bahkan mengelupas apabila berpuasa sepanjang hari. Hal ini kerana badan kekurangan air.

Bagi mengatasi masalah ini, gunakan lip balm untuk mengurangkan masalah pedih akiat bibir yang pecah.

Lip balm juga bertindak untuk menghidrasi dan melembabkan bibir dikala sedang berpuasa.

Waktu yang sesuai menggunakan lip balm adalah dengan memakai sebelum tidur untuk merawat bibir semalaman.

1434483759-elle-w3ll-people-tutorial-00

5. Jangan lupa bersolek

Bulan Ramadan ini sering dimanfaatkan dengan berbuka bersama keluarga, rakan sepejabat, rakan universiti, mahupun rakan sewaktu kecil.

Jadi, untuk kelihatan lebih yakin, aplikasikan solekan yang natural seperti gunakan BB cream atau concelear sebagai asas solekan.

Cara yang lain adalah gunakan pemerah pipi atau lip tint. Cara ini mampu memberikan warna kepada wajah.

Gunakan juga eyeliner dan mascara untuk mencantikkan lagi bahagian muka agar kelihatan lebih bergaya.

kncbeautyeyemask-1565896108

6. Memakai eye mask

Kedatangan bulan puasa akan mengubah corak aktiviti seharian kita lebih-lebih lagi waktu tidur. Apalagi jika kamu tidur lewat pagi yang hampir dengan waktu sahur. Pasti durasi tidur akan menjadi berkurang dan anda akan berasa letih.

Tidak hanya dengan itu, kekurangan waktu tidur di malam hari sewaktu bulan puasa dapat mengakibatkan kantung mata menebal dan menghitam.

Tetapi jangan risau, ada cara untuk mengatasi masalah tersebut. Anda boleh menggunakan eye mask sebelum tidur untuk melembapkan mata, mengurangkan kantung mata dan juga menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain