suria

Wangian popular Dexandra perkenal 15 haruman baharu demi bantu pengedar produk tambah pendapatan

Syafiq Ismail memberitahu Travel Spray menjanjikan bau yang harum.

IMPAK pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu menjejaskan sumber pendapatan ramai pihak termasuk pengedar produk yang bergantung kepada hasil jualan untuk meneruskan kehidupan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini juga turut menyukarkan golongan ini untuk mencari pelanggan apatah lagi premis perniagaan terpaksa ditutup disebabkan bukan di bawah keperluan (essensial).

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah ayu jelita, rupa-rupanya ‘niacinamide’ rahsianya... Ketahui 5 manfaatnya nak kelihatan awet muda

Menyedari akan kepayahan itu, syarikat pengeluar minyak wangi Dexandra segera bertindak pantas dengan melancarkan program moratorium di mana mereka yang terjejas diberikan bantuan bekalan tanpa bayaran untuk berniaga dan bayaran dibuat selepas produk terjual.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safwan Ismail berkata, pengedar Dexandra adalah kekuatan perniagaan, justeru pihaknya segera mengambil langkah proaktif demi kesinambungan pendapatan dan program tersebut berjaya membantu mereka.

“Sejak awal-awal lagi Dexandra memang melatih pengedar menjual melalui atas talian (online) jadi apabila berlaku pandemik, kami mengajak pengedar bangkit dan keluar daripada situasi yang sukar atau menyalahkan keadaan.

ts-front-1-1

Travel Spray didatangkan dengan bau untuk lelaki dan wanita.

“Strategi yang kami lakukan terbukti berhasil membantu kumpulan pengedar yang kini mencecah 33,000 berdaftar termasuk di Sabah Sarawak dengan 60 peratus atau 19,000 daripanya terdiri di kalangan dropship,” ujarnya.

Travel Spray buah tangan terbaharu Dexandra

Beliau berkata demikian selepas melancarkan 15 himpunan minyak wangi terbaharu Dexandra dikenali sebagai Travel Spray secara maya menerusi facebook, baru-baru ini.

Safwan menambah, pihaknya mengumpul idea dan membangunkan formula dengan haruman baharu di musim pandemik sebagai salah satu usaha menyuntik inspirasi kepada pengedar dan penggemar haruman setia mereka di kala sukar.

“Sebelum ini walaupun pun ada antara pengedar terpaksa menutup kedai dan kiosk yang disewa atas arahan PKP, mereka bangkit dan kami bimbing dengan pelbagai kemahiran supaya semangat juang mereka berterusan.

“Hasilnya amat membanggakan kerana jualan atas talian meningkat dan sebanyak 7.3 juta botol terjual sejak pandemik Mac 2020 sehingga kini. Kami berasa bangga dapat membantu orang ramai yang terjejas pendapatan malah menyediakan platform kepada yang ingin menjadi pengedar sah,” ujarnya.

Twist-M-New

Antara wangian lain dalam rangkaian Dexandra.

Menurutnya, pelbagai kelas latihan disediakan oleh pihak ibu pejabat setiap bulan termasuk menyediakan sistem dropship dengan bayaran serendah RM30.

“Kesetiaan dan keyakinan pengedar sangat menyentuh hati kami dan lebih membanggakan apabila 25 pengedar berjaya mencecah jualan RM1 juta. Inilah yang mahu kami kongsikan dengan masyarakat yang mahu mengubah lanskap hidup mereka.

“Lantaran itu kami membangunkan formula wangian Travel Spray dan lahirlah slogan memikat, melekat dan teringat-ingat sebagai tanda penghargaan kepada pengedar yang setia untuk terus bersama kami dalam senang mahu pun sukar,” katanya.

Produk baharu yang diperkenalkan adalah haruman berasaskan nuansa alam yang mewah dengan aroma bunga-bungaan, buah-buahan serta ilham daripada keunikan bau kayu, desiran ombak, laut dan pantai,” katanya.

Travel Spray mencatat rekod terbaik jualan apabila 40,000 botol terjual dalam tempoh sehari selepas dilancarkan.

Jelas Safwan, Travel Spray ditampilkan dalam pesona botol yang lebih kecil 15ml, mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana adalah hadiah kepada pelanggan setia lama dan baharu.

CupcakeCream MP

Wangian kereta juga turut dijual.

“Saya tertarik dengan falsafah Travel Spray – slim, sleek, sassy yang diperkenalkan kerana dicipta khas membantu penampilan karektor yang diidamkan,"ujarnya.

Haruman Dexandra yang sinonim bertahan dalam tempoh lama ini diperkenalkan dan berada di pasaran sejak tujuh tahun lalu dalam industri wangian. Kini mempunyai perancangan menjadi pemain utama dalam pasaran minyak wangi dan mendominasi pasaran Asia.

Sehubungan itu, syarikat turut memperkenalkan penyegar udara kenderaan, losyen, body mist dan sanitasi tangan sejak beberapa tahun lalu secara berperingkat.

Dexandra yakin 15 haruman terbaharu yang dilancarkan mampu menyuntik inspirasi kepada kaum wanita dan lelaki yang mementingkan penampilan anggun, bergaya dan sensual.

“Wangian Dexandra menembusi pasaran antarabangsa apabila kami melantik pengedar tunggal di Brunei, Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand, Hong Kong dan China.

"Bersandarkan kepada keyakinan tersebut, syarikat melabur sejak bulan lalu dengan promosi memasang 70 papan iklan di lokasi tumpuan sepanjang Lebuh Raya di seluruh negara dan membelanjakan RM 2 juta bagi menjayakannya,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain