suria

Baju raya warna apa? Alia Bastamam lancar koleksi ‘Dreams’, pastel jadi pilihan Aidilfitri tahun ini

photo6206330830981279670

SELEPAS berkolaborasi bersama jenama Naelofar tahun lalu, pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam melancarkan koleksi solonya bersempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

Koleksi Raya 2022 yang bertemakan 'Dreams' memberi perasaan romantis seperti berada di kayangan kepada si pemakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Sederhana tetapi klasik... Rico Rinaldi, Mis Claire tampilkan rekaan buat wanita plus size

Alia berkata, dia mendapat idea mengenai koleksi ini ketika sedang mencari ketenangan dalam tempoh pandemik dan ingin memantulkan harapan dan impian dalam rekaan terbaharunya.

Daiyan Trisha menggayakan salah satu busana Alia B.

Antara koleksi 'Dreams' Alia Bastamam yang mengetengahkan rekaan ringkas tetapi elegan.

Tampil dengan 18 koleksi dalam siri 'Dreams', Alia berkata, pemilihan warna pastel merupakan kunci kepada rekaannya dalam memberikan keselesaan kepada si pemakai pada Aidilfitri nanti.

Dalam pada itu, Alia turut mengekalkan tradisi pakaian tradisional wanita Melayu namun memberikan suntikan berbeza seperti penambahan renda agar ia sesuai dipakai pada waktu siang dan malam.

"Butiran yang segar membuatkan setiap rekaan lebih menarik selain pemilihan warna memainkan peranan penting bagi sesebuah rekaan.

"Sebab itu saya memilih warna lembut dalam memberi elemen ringkas tetapi elegan kepada si pemakai," ujarnya.

photo6206330830981279670

Antara koleksi Dreams yang menarik perhatian.

Sementara itu, Alia berkata, bagi memeriahkan kempen koleksi terbaharunya itu, dia memilih Ameera Khan dan Daiyan Trisha (@daiyantrisha) sebagai duta eksklusif tahun ini.

Seiring dengan tema, Ameera dan Daiyan katanya adalah figura sesuai untuk melambangkan visual 'Alia B Girl' yang moden.

"Sebagai pereka fesyen saya berharap koleksi ini dapat menjadi memori indah bagi setiap wanita apatah lagi pada hari raya nanti," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain