KULIT wajah yang kering merupakan antara masalah biasa dihadapi banyak orang sehingga menyebabkan mudah terasa gatal, bersisik, kusam dan lebih malang menyebabkan kulit menggelupas. Terdapat pelbagai sebab yang memicu masalah ini termasuk ada sesetengah yang memang memiliki jenis kulit kering sejak lahir. Namun beberapa faktor juga boleh menjadi penyebab kulit wajah kering iaitu faktor dalaman dan luaran. ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah cucuk botoks, telan pil kolagen... Ini cara jimat kembalikan keremajaan wajah anda Faktor luaran adalah seperti gaya hidup, kurang peka penjagaan wajah, produk tidak bersesuaian dan sebagainya manakala faktor dalaman boleh disebabkan usia, genetik, sejarah keluarga dan penyakit atau alahan ubat-ubatan. Kulit wajah kering antara masalah biasa yang berlaku. Secara umumnya, kulit secara semula jadi menghasilkan minyak yang disebut sebum dan ia sangat penting bagi menjaga tubuh agar tetap terhidrasi dan melindungi sel daripada jangkitan. Ketika kulit menghasilkan terlalu banyak minyak, ia dapat menyebabkan jerawat namun jika tidak cukup sebum, ia akan sebabkan kulit menjadi kering. Atas sebab itu, Nanowhite iaitu pakar penjagaan kulit pencerah menampilkan rangkaian produk Nanowhite Double Action yang dirumus khas untuk menangani masalah kulit. Rangkaian produk ini mengandungi bahan-bahan efektif iaitu Arbutin dan Asid Hyaluronik untuk memberikan pengguna kulit yang berseri dan terhidrat. Majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini. Dengan penggunaan biasa dan teknologi Nanoencapsulation yang membolehkan formula 10 kali lebih menyerap ke dalam kulit, pengguna boleh merasai perubahan tona kulit yang lebih cerah dalam masa tujuh hari sahaja. Produk-produk daripada rangkaian Nanowhite Double Action adalah Nanowhite Double Action Awakening Snow Wash, Nanowhite Double Acton Hydrating Treatment Lotion, Nanowhite Double Action Intensive Serum, Nanowhite Double Action Hydrating Moisturizer dan Nanowhite Double Action Restorative Night. Semua produk Nanowhite diuji secara dermatologi dan disahkan Halal. Pengurus Besar Tohtonku Sdn Bhd Patrick Ee berkata, produk ini dihasilkan dengan memahami keperluan dan kehendak pelanggan termasuk merombak semula rangkaian utamanya serta formula yang dipertingkatkan. Sementara itu, Nanowhite melantik aktres, Sweet Qismina sebagai dua jenama tersebut dalam usaha membina hubungan lebih erat dengan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dan urban. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI