suria

Jaga-jaga baju raya sama dengan jiran... Ini tip pilih baju RTW, salah satu jangan ikut trend!

Pemilihan busana raya sangat penting untuk keselesaan dipakai seharian.

SETIAP tahun perkara yang paling menjadi perhatian setiap kali tibanya lebaran adalah memilih dan membeli pakaian hari raya.

Masing-masing teruja untuk mendapatkan persalinan baharu tetapi ia bukan tugas yang mudah sehinggakan masih ada yang belum membeli pakaian baharu menjelang Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju raya warna apa? Alia Bastamam lancar koleksi ‘Dreams’, pastel jadi pilihan Aidilfitri tahun ini

Meskipun hari raya bakal disambut dalam masa beberapa hari lagi tetapi masih belum terlewat untuk membeli pakaian baharu dengan mengikuti beberapa tip ini agar tidak membuang masa di butik mencari persalinan yang berkenan di hati.

1. Fabrik

Aktiviti yang pada pada hari raya membuatkan badan mudah berpeluh dan sebab itu pilih busana yang mudah menyerap peluh dengan lebih cepat seperti fabrik kapas dan linen yang lebih sejuk.

2. Warna neutral

Sebagai langkah selamat, pilih warna neutral untuk pakaian hari raya anda dan ia boleh membuatkan penampilan seseorang lebih menyerlah di dalam keramaian orang.

3. Jangan ikut trend

Ramai yang gemar mengikut trend terkini ketika membeli baju sehinggakan kemungkinan busana digayakan sama dengan orang lain turut tinggi.

Sebenarnya tak salah ikut trend tetapi biarlah ia bersesuaian dengan diri sendiri kerana tidak semua trend dan fesyen itu sesuai untuk setiap orang.

4. Praktikal dan selesa

Busana yang ringkas dan praktikal adalah pilihan paling terbaik ketika membeli baju kurung atau baju Melayu. Terlalu banyak perhiasan dan lapisan kain hanya akan membuatkan gaya anda serba tidak kena. Bak kata pepatah Inggeris, less is more!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain