suria

Pemilihan bra yang tepat 1 daripada 5 ‘rahsia’ wanita badan gempal nampak kurus

Bentuk badan bukanlah faktor utama dalam menonjolkan penampilan diri yang menarik.

SELEPAS seminggu menyambut Hari Raya Aidilfitri kebanyakan daripada kita mengadu berat badan meningkat kerana menikmati pelbagai juadah enak seperti lemang, rendang, soto, lontong dan biskut raya.

Perkara ini membuatkan ramai hilang keyakinan diri dan merasakan penampilan mereka nampak kurang menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi pinggang secekak, sanggup buat apa saja... Awas! 3 diet ini tidak sesuai untuk wanita

Sebenarnya, bentuk badan bukanlah faktor utama dalam menentukan cantik atau tidak penampilan diri seseorang sebaliknya ia juga dipengaruhi teknik dan penggayaan yang tepat dalam berpakaian

Jika kena caranya, sesiapa pun tidak kira warna kulit, saiz badan boleh tampil menawan dalam versi diri sendiri yang lebih baik sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.

Salah satu teknik yang perlu dipraktikkan adalah dengan mencari pakaian bersesuaian agar tubuh kelihatan lebih langsing. Berikut adalah beberap tip untuk anda kelihat langsing dan selesa dengan bentuk tubuh sendiri.

FlyFashionDoll

1. Pilih warna hitam

Pemilihan pakaian berwarna hitam merupakan 'helah'' lama yang sudah digunakan sejak dahulu lagi. Ia memberi ilusi ramping pada si pemakai kerana rona itu mampu membantu mencipta garis vertikal yang panjang.

Selain warna hitam, seseorang juga boleh memilih rona merah gelap, hijau atau biru tua dalam mempelbagaikan warna pakaian agar tidak kelihatan bosan.

Women Plus Size Twist Front Crop T-Shirt

2. Baju leher V

Baju dengan potongan leher berbentuk V akan menguatkan garis bahu anda serta menyeimbangkan bahagian pinggul. Ia juga memberi kesan pemisah bagi wanita yang mempunyai payudara bersaiz besar.

Bagaimanapun pastikan tidak memilih potongan leher V yang terlalu rendah supaya tidak kelihatan terlalu seksi.

Jika tidak gemar memakai baju potongan leher V, anda boleh memakai kemeja atau blaus. Buka kancing butang bahagian paling atas sehingga membentuk V untuk memberi kesan bahagian dada yang runcing.

Selain potong V, potongan ''boatneck'' juga boleh memberi ilusi berbeza kerana ia menunjukkan kesan baju yang lebih lebar.

pakaian-untuk-wanita-gemuk_20170429_162431

3. Siluet lurus dan pakaian bergaris vertikal

Cuba hindari memakai seluar khaki berlipat atau bersaiz besar dan skirt paras betis tanpa bentuk. Untuk penampilan lebih langsing, pilih pakaian dengan siluet lurus seperti seluar jean berwarna gelap dengan potongan slim cut.

Ia akan memberikan kesan kaki yang lebih panjang buat si pemakai. Jika bahagian bawah badan lebih besar, elakkan seluar atau skirt berbentuk pensil dan lebih sesuai memakai skirt berbentuk A atau seluar berkaki lebar.

Bagi yang mempunyai bahagian atas lebih besar, elakkan memakai baju panas yang ketat atau bahagian lengan berbentuk belon. Pilih sweater dengan potongan bahu rendah atau kemeja besar.

Bagi pakaian bermotif, pilih yang mempunyai garisan vertikal untuk menampakkan badan lebih panjang dan elak garisan horizontal kerana ia akan membuatkan badan lebih lebar.

Maxi-skirt-for-plus-size-collage

4. Berani gayakan skirt maxi

Terdapat segelintir wanita yang bertubuh gempal menganggap skirt panjang yang labuh ke lantai tidak sesuai, padahal tanggapan itu salah.

Sebaliknya, skirt maxi dengan potongan tirus boleh membuatkan si pemakai nampak lebih ramping dan panjang. Pilih skirt yang kepanjangannya mampu mencipta garisan vertikal.

Hindari skirt maxi yang terlalu sarat dengan lipatan, poket dan terlalu banyak lapisan.

How to Measure Your Bra Size at Home

5. Bra yang tepat!

Masih ramai lagi wanita yang memakai bra dengan ukuran salah yang membuatkan badan kelihatan besar dan payudara mengendur.

Sebaik-baiknya dapat ukuran yang tepat untuk mendapatkan saiz bra sesuai. Minta bantuan staf di butik untuk meminta bantuan jika tidak pasti ukuran yang tepat.

Pemilihan bra yang tepat bukan sahaja dapat menyokong payudara dan meletakkan ia di tempat sepatutnya tetapi dapat memberi kesan yang lebih kemas pada penampilan seorang wanita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain