suria

Demi pinggang secekak, sanggup buat apa saja... Awas! 3 diet ini tidak sesuai untuk wanita

Ada sebab mengapa ada jenis diet tidak sesuai dengan kaum wanita.

RAMAI golongan wanita obses melakukan diet demi mendapatkan berat badan ideal dan pinggang yang ramping.

Ada pula sanggup melakukan apa saja demi menurunkan berat badan dengan diet ketat, asalkan mendapat hasil dalam masa singkat tanpa memikirkan risiko kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kurus perlu betul caranya! Ketahui 7 gangguan kesihatan jika berterusan amal diet melampau

Tetapi ada satu perkara yang perlu diingat, secara biologi tubuh wanita dan lelaki adalah berbeza malah ketika mengamalkan diet, tubuh seorang perempuan akan bekerja dalam cara berbeza.

Sebagai contoh, rata-rata golongan lelaki mempunyai tiga peratus lemak penting sebagai sebahagian daripada komposisi tubuh mereka sedangkan wanita mempunyai sekitar 12 peratus.

615ac05d25903

Diet yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah lain.

Lemak ini adalah massa tubuh secara keseluruhan yang memainkan peranan penting dalam melindungi organ tubuh dan menyimpan vitamin diperlukan untuk komunikasi di antara sel tubuh.

Bagaimanapun, untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat, wanita lebih cenderung mengikuti diet ketat dengan membakar lemak penting dalam tubuh mereka.

Akibatnya, fungsi tubuh dapat terganggu dan tidak dapat berfungsi seperti mana yang sepatutnya. Perkara ini juga akan mempengaruhi tahap kekebalan dan sistem saraf secara keseluruhan.

Pakar masalah obesiti dan penurunan berat badan dari India, Dr Kiran Rukadikar berkata, terdapat beberapa jenis diet yang tidak sesuai dengan wanita.

Ini kerana ada lemak penting yang perlu dipertahankan secara keseluruhan agar tidak mengganggu kinerja fungsi tubuh dengan membakar lemak tersebut.

Berikut adalah tiga jenis diet yang tidak disarankan untuk dilakukan oleh golongan wanita menurut Dr Kiran.

keto-759

1. Diet keto

Diet keto sangat popular kerana ia menerapkan pola pemakanan rendah karbohidrat tetapi mengambil tinggi lemak.

Menurut Dr Kiran, pengurangan pengambilan karbohidrat dan meningkatkan lemak boleh membuatkan tubuh bergantung kepada lemak yang diubah menjadi tenaga.

Diet itu dapat membuatkan otak dan metabolisme wanita menolak kehilangan lemak kerana ia sudah diubah menjadi tenaga dan menyebabkan ketidakseimbangan secara keseluruhan.

Akibatnya, wanita akan mengalami perubahan hormon dan metabolisme selain kesan sampingan seperti sakit kepala, keletihan dan mual.

maxresdefault

2. Diet intermiten

Kebanyakan wanita menganggap diet intermiten atau berpuasa sebagai cara mudah untuk menurunkan berat badan kerana ia cukup efektif dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Dr Kiran menjelaskan diet jenis ini selamat sekiranya seseorang membuat persiapan terlebih dahulu bagi mengelakkan kesan negatif.

Sekiranya ia tidak dilakukan dengan betul, ia boleh menyebabkan perubahan mood yang parah, kelaparan ekstrem, kemurungan, obesis terhadap makanan tertentu dan emosi tidak stabil.

Selain itu, diet ini dapat membuatkan berat badan mudah melonjak ketika seseorang berhenti melakukannya.

PLAN GM

3. Diet general motors (GM)

Mereka yang melakukan diet general motors atau GM sangat fokus pada makanan atau kelompok makanan tertentu setiap hari selama seminggu.

Meskipun ia dapat menurunkan berat badan dengan cepat, namun berhenti melakukannya akan menyebabkan kenaikan berat badan dengan lebih cepat.

Diet GM juga boleh mengakibatkan risiko kekurangan gizi pada wanita berikutan dalam diet itu kemungkinan tidak mendapat sumber lemak dan protein sihat yang tinggi.

Pengambilan makanan untuk diet yang baik sebenarnya adalah dengan gizi dan kalori seimbang termasuklah protein, lemak, mineral, serat dan karbohidrat.

Sebaik-baiknya, setiap individu wanita perlu mendapatkan nasihat orang yang lebih pakar seperti pakar pemakanan sebelum melakukan sebarang diet.

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan