suria

5 kesilapan dalam bersarapan yang sudah jadi kebiasaan, jika terus diamalkan muka cepat nampak tua!

Pengambilan makanan bernutrisi dalam sarapan pagi adalah penting.

SETIAP individu mendambakan wajah yang awet muda, putih dan mulus.

Maka tidak hairanlah apabila ada yang sanggup menggunakan produk-produk OEM atau 'timbang kilo' walaupun mengetahui ia memberi kesan sampingan.

Bagaimanapun, kecantikan luaran itu tidak bertahan lama kerana ia bergantung sepenuhnya kepada campuran bahan kimia termasuk yang membahayakan kesihatan.

Justeru, mereka yang mengimpikan kecantikan kekal dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan diet seimbang khususnya pengambilan makanan sihat semasa bersarapan.

Menurut pakar nutrisi dari Akademi New York, Jonathan Valdev, zat yang perlu diambil semasa sarapan pagi bukanlah protein semata-mata sebaliknya, kandungan mineral lain yang mampu membuatkan wajah terlihat awet muda.

"Pengambilan makanan tambahan mengandungi vitamin A, protein pembuat kolagen, vitamin C dan makanan antioksida yang lain ketika bersarapan turut membantu wajah lebih anjal di samping menyalurkan tenaga," ujarnya sambil menambah waktu sarapan tidak boleh dilewatkan.

Berikut merupakan lima kebiasaan sarapan yang patut dihindari kerana mempercepatkan proses penuaan.

Kopi campuran

1) Minum kopi campuran

Pengambilan kopi berkalori tinggi yang dicampur dengan susu atau frozen blended coffee pada waktu pagi akan meningkatkan kadar kalori dalam badan.

Individu yang menikmatinya mungkin mengalami 'sugar rush' iaitu sangat aktif dan bersemangat, namun tanpa pengambilan zat tambahan yang lain, ia akan menyebabkan tenaga yang diperoleh itu kembali menurun.

Oleh itu, anda disarankan supaya memilih kopi yang lebih ringan atau memilih makanan lain ketika bersarapan.

Sosej

2) Daging yang diproses

Daging untuk sarapan seperti sosej semestinya enak dimakan pada waktu pagi tetapi ia bukanlah makanan terbaik untuk anti-penuaan.

Walaupun pengambilannya masih boleh diamalkan tetapi sosej merupakan makanan rendah serat yang mempunyai kandungan lemak paling tinggi.

Malah ia juga boleh menyebabkan stres pada tubuh.

Jadi, elakkan makan sosej sebagai sarapan.

oat

3) Kurang ambil makanan kaya antioksida

Tengok juga dalam piring sarapan tu, kalau 'plain' mungkin anda perlu menambah 'warna' di dalamnya seperti buah-buahan.

Makanan yang tinggi antioksida penting dalam sarapan kerana dapat mencegah penyakit serta mamanjangkan usia.

Amalkan pengambilan bayam atau tomato mahupun buah-buahan lain di dalam hidangan pagi.

air putih

4) Kurang minum air putih

Hidrasi bukan hanya membuatkan kulit kenyal tetapi memudahkan penyerapan nutrisi ke seluruh tubuh.

Oleh itu, pastikan enam hingga lapan gelas air diminum setiap hari.

Bagi mereka yang ingin tahu tahap hidrasi dalam tubuh, lihat saja pada urin. Jika kuning muda bermaksud, pengambilan air mencukupi.

lambat sarapan

5) Sering melambatkan sarapan

Sarapan pagi seeloknya sebelum pukul 9 pagi.

Pengambilan sarapan yang lambat pastinya tidak dapat membantu anda menunda penuaan yang sedang berlaku.

Berdasarkan kajian, mereka yang mengambilnya mengikut waktu yang ditetapkan bukan sahaja lebih sihat malah nutrisi yang diambil mudah diserap oleh tubuh.

Jika tidak sempat, pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya sebiji pisang sebagai alas perut.

Ia juga bagi mengelakkan anda mengambil lebihan makanan pada waktu tengah hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain