BAGI mereka yang bekerja, pastinya sukar untuk mengamalkan waktu makan yang teratur dan mengikut waktu. Kebanyakannya cenderung untuk membiarkan perut kelaparan semasa tidur berikutan tidak berkesempatan menjamah makan malam. Meskipun ada yang percaya bahawa tabiat itu dapat membantu menurunkan berat badan, namun ia sebenarnya memberi ancaman kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. Malah ada yang sengaja menetapkan waktu makan dihentikan sebelum jam 7 malam kerana khuatir berat badan akan bertambah. Ia bagaimanapun, adalah mitos kerana badan manusia adalah mesin yang sentiasa membakar kalori. Tanggapan bahawa makan selepas jam 7 malam akan menyebabkan berat badan bertambah atau menjadi gemuk adalah salah! Bagi anda yang ingin kekal turunkan berat badan walaupun makan lewat malam, ini cara yang boleh dilakukan. 1. Utamakan karbohidrat semasa sarapan Sarapan pagi adalah hidangan yang sangat penting. Pastikan anda lebih suka mengambil karbohidrat pada waktu pagi. Dengan menjaga jumlah pengambilan kalori pada waktu pagi, anda bukan hanya dapat menjaga stamina semasa bekerja tetapi akan berasa lebih segar serta bertenaga. Tapi makanlah secara sederhana! 2. Makanan seimbang Pastikan setiap hidangan yang berada di dalam pinggan anda seimbang. Banyakkan pengambilan serat, sayur-sayuran, protein dan lemak yang sihat ya! Selain itu, cuba amalkan diet yang seimbang supaya anda berasa kenyang sepanjang hari. 3. Jalan kaki Anda digalakkan untuk berjalan kaki sekurang-kurangnya 10 minit selepas makan malam. Ia dapat membantu melancarkan penghadaman dan meningkatkan metabolisme. Tapi, makanlah kira-kira tiga jam sebelum tidur supaya badan mempunyai waktu yang cukup untuk proses penghadaman. ARTIKEL BERKAITAN: 5 kesilapan dalam bersarapan yang sudah jadi kebiasaan, jika terus diamalkan muka cepat nampak tua! 4. Elak makanan tinggi kalori Elakkan makanan berkalori tinggi mahupun bergula seperti ais krim dan biskut. Bijirin buah-buahan atau bijirin yang tinggi kandungan serat mengandungi lebih banyak vitamin serta nutrien berbanding snek manis. Ia boleh diambil kira-kira lima jam selepas waktu makan untuk mengelakkan rasa lapar pada waktu malam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI