KEUNIKAN batu permata menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Tidak hairanlah barangan kemas yang dihiasi dengan batu permata berwarna-warni kini menjadi trend dan menambat hati pencinta perhiasan itu. Batu permata dibahagikan kepada dua kategori iaitu 'precious stone' yang terdiri daripada batu permata popular yang mempunyai permintaan tinggi dari serata dunia iaitu safir, zamrud, delima dan berlian. Selain batu permata utama ini, terdapat juga kategori 'semi-precious' seperti kecubung (amethyst), turmalin (tourmaline), topaz, citrine dan opal. Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberikan kepuasan dan keselesaan semasa memakainya. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, jom ketahui tip berguna ini. 1. Jenis batu permata dan warnanya Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Contohnya seperti permata zamrud hijau yang merupakan antara batu permata dalam kumpulan ‘Beryl’ selain permata aquamarin biru dan morganit merah jambu. Ia pertama kali dijumpai di Mesir dan dikatakan menjadi batu permata kesukaan Ratu Cleopatra. ARTIKEL BERKAITAN: Emas putih dan rose gold tak ada nilai? Ini ilmu yang wajib 'khatam' sebelum beli Batu permata dari kumpulan batu permata berharga atau dikenali sebagai ‘precious stone’, zamrud mempunyai kekerasan setinggi 7.5 ke 8 mengikut skala Mohs dan ia hanya boleh ditemui di beberapa tempat di dunia seperti Colombia, Brazil, Zimbabwe, Zambia dan Afganistan. Ini kerana, untuk menghasilkan permata zamrud, ia memerlukan persekitaran dan mineral yang tertentu di dalam tanah. Bagi batu permata delima dan safir, ia tergolong dalam kumpulan sama iaitu korundum serta mempunyai kekerasan pada skala 9 menurut skala Mohs. Istimewanya kumpulan ini, ia juga boleh didapati dalam hampir semua warna seperti merah, ungu dan biru. Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Warna menjadi satu faktor utama dalam pemilihan permata semula jadi ini. Namun, kecantikan adalah subjektif dan setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui nama-nama batu permata yang dijual serta warnanya. Jangan terkejut jika terdapat dua batu permata yang mempunyai warna sama namun dari kategori batu yang berbeza atau sebaliknya. Penilaian batu permata menggunakan mata kasar agak sukar, malah kita memerlukan peralatan khas untuk membezakan setiap jenis yang terdapat di pasaran. Oleh itu, barangan kemas seperti ini hendaklah dibeli daripada sumber yang diyakini dan dipercayai untuk mengelakkan penipuan. 2. Jenis dan warna emas untuk mengikat batu permata Sebelum membeli barang kemas batu permata, ketahui jenis dan mutu emas yang digunakan untuk mengikat batu permata tersebut. Secara lazimnya, mutu emas bermula 750 dan ke bawah adalah pilihan terbaik untuk mengikat batu permata kerana sifatnya yang lebih kuat dan kukuh, selain memastikan batu permata terletak dengan sempurna. Sifat emas 999 dan 916 yang lembut dan mudah dilentur tidak disarankan untuk barangan kemas seperti ini kerana dikhuatiri batu permata akan terkeluar daripada ikatan. Selain itu, pemilihan warna emas seperti kuning, putih dan merah jambu juga perlu dititikberatkan bagi memenuhi citarasa dan menonjolkan warna batu permata. 3. Bajet Sama seperti berlian, batu permata dinilai berdasarkan warna, kejernihan, karat dan potongan (4Cs). Semakin sempurna keempat-empat ciri tersebut, semakin tinggi harga yang ditawarkan di pasaran. Di Habib misalnya, barangan kemas bertatahkan permata ditawarkan bermula serendah RM300 dan mampu milik. Habib juga menawarkan barangan kemas batu permata pada harga eksklusif buat mereka yang ingin tampil lebih mewah. Sebagai contoh, jika anda menggemari batu permata berwarna hijau, dengan bajet yang terhad anda boleh memilih batu turmalin hijau bagi menghiasi barangan kemas anda selain batu zamrud kerana harganya jauh lebih berpatutan dan mampu milik. 4. Tujuan membeli Sebelum membuat pembelian, anda harus memastikan barangan kemas yang dibeli adalah bersesuaian untuk digayakan. Jika anda membeli barangan kemas batu permata untuk dipakai harian, mungkin rekaan itu perlu lebih ringkas dan minimalis berbanding hendak digayakan ke acara-acara tertentu. Bagi acara-acara istimewa, anda boleh mendapatkan barangan kemas batu permata dengan rekaan lebih menonjol bagi menyerlahkan penampilan anda. 5. Tip penjagaan Setiap batu permata mempunyai cara penjagaan yang berbeza. Oleh itu, sebelum membeli sebarang barangan kemas bertatahkan batu permata, anda harus mengetahui bagaimana kecantikan dan kesempurnaan batu permata itu boleh dikekalkan. Antara tip yang boleh diamalkan adalah: 1. Batu permata tidak boleh disimpan bersama batu permata yang mempunyai kekerasan lebih rendah atau tinggi (mengikut skala Mohs) bagi mengelakkan batu permata calar dan bergesel antara satu sama lain. 2. Hanya menggunakan berus lembut dan air sabun yang suam untuk mencuci barangan kemas permata. 3. Hanya menggunakan pencuci ultrasonik dan pencucian stim pada batu permata tertentu seperti opal, mutiara dan ambar untuk mengekalkan kesempurnaan batu permata. Jika pencuci ultrasonik digunakan pada zamrud atau peridot, perubahan haba akan menyebabkan batu permata mengalami keretakan dan rosak. 4. Simpan dalam bekas bersesuaian. Elakkan menyimpan batu permata di dalam beg plastik kerana plastik boleh menghasilkan kimia yang merosakkan permukaan permata. 5. Jika hendak memakai wangi-wangian, semburan rambut, losyen dan sebarang krim yang mempunyai bahan-bahan kimia, lakukannya sebelum memakai barangan kemas. Buat mereka yang menggemari barangan kemas bertatahkan batu permata, Festival Batu Permata menunjukkan pelbagai rekaan barangan kemas yang pastinya menepati citarasa anda. Festival Batu Permata berlangsung bermula 14 Julai 2022 di seluruh bilik pameran HABIB sehingga 31 Ogos ini. Maklumat lanjut mengenai Festival Batu Permata, layari laman rasmi www.habibjewels.com atau ikuti HABIB di media sosial Instagram dan Facebook @HABIB. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI