suria

Umur hampir cecah 50 tahun, body Victoria Beckham masih menawan... Rupanya amal workout 5 hari seminggu demi awet muda!

Senaman lima kali sehari adalah rahsia kepada tubuh badan yang langsing personaliti ini.

SIAPA yang tidak kenal dengan sosok bernama Victoria Beckham?

Salah seorang bekas anggota kumpulan Spice Girl yang lebih dikenali sebagai Posh Spice ini bukan sahaja mempunyai wajah yang jelita, malahan bentuk tubuh badannya kekal langsing dan menawan biarpun memegang status sebagai ibu kepada empat anak!

Pada usia 48 tahun, isteri kepada bekas bintang bola sepak, David Beckham ini membuatkan ramai iri hati dengan penampilannya yang seolah-olah tidak dimamah usia serta kekal 'fit' seperti wanita yang berusia 30-an.

VIC 1

David Beckham sempat merakam gelagat Victoria yang sedang bersenam meskipun sedang bercuti di atas kapal mewah mereka.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah rejim kecergasan dan pemakanan yang diamalkan oleh personaliti yang juga pereka fesyen ini?

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan anggap fesyen Victoria Beckham keterlaluan

1) Workout 5 hari seminggu

Victoria menggunakan khidmat seorang jurulatih kecergasan peribadi yang sangat popular dalam kalangan selebriti, iaitu Bobby Rich. Rich adalah pemenang lima kali pingat emas dalam sukan judo dan merupakan bekas jurulatih suami dan anaknya, Brooklyn Beckham.

Bercakap kepada The Sun, Rich mendedahkan bahawa senaman telah menjadi 'keutamaan' untuk Victoria malah dia memuji wanita itu kerana dedikasi yang mengagumkan.

Ujar Rich, Victoria bersamanya lima hari seminggu dan tidak pernah 'ponteng' setiap sesi walaupun mempunyai banyak komitmen peribadi dan profesional.

"Walaupun dia sedang melancong, tiada alasan untuknya ponteng dan kami beralih kepada sesi secara dalam talian," jelasnya.

VIC 2

Victoria kelihatan awet muda sungguhpun hampir mencecah usia 50 tahun dan bergelar ibu kepada empat anak.

2) Diet yang ketat

Kegemaran Victoria terhadap ikan sudah diketahui semua orang, tetapi perubahan latihan telah 'memaksanya' menukar diet yang diamalkan sejak 25 tahun lalu.

Menjadikan senaman sebagai rutin, dia kini mengambil lebih banyak lemak sihat, namun dalam masa sama dia mengekalkan wain sebagai salah satu keinginannya yang tidak boleh disentuh.

Victoria dikhabarkan tidak akan mengambil apa-apa makanan selepas latihan selama dua jam, sebaliknya memilih untuk minum cuka epal setiap pagi sebelum sarapan termasuk smoothie hijau, bijirin buatan sendiri atau telur hancur dengan salmon. - Marca/Hellomagazine.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain