suria

Malu perut gendut? Cuba amal makan 7 buah-buahan ini jika ingin kurus

Hilangkan perut buncit dengan makanan yang tepat.

SAMA ada lelaki atau wanita, perut buncit atau gendut sering kali menjejaskan penampilan sehingga membuatkan keyakinan diri anda merosot ketika berada di khalayak ramai.

Namun jangan khuatir, kondisi badan itu dapat dikecilkan jika anda mengamalkan pengambilan makanan yang tepat!

Pada masa sama, senaman mahupun olahraga perlu dilakukan secara efektif berikutan sebahagian besar perut buncit berlaku kerana anda mengambil makanan yang membuatkan perut kembung sehingga membentuk lemak.

Menerusi perkongsian Okezone, tujuh makanan ini dapat membantu mengecilkan perut buncit.

Anda yang berhadapan masalah ini, bolehlah mencubanya!

1. Timun

Mengandungi 95 peratus air, sayuran menyegarkan ini adalah salah satu cara untuk membuat anda terhidrasi dengan baik.

Timun dapat membantu menyiram saluran pencernaan, meningkatkan aliran makanan yang mungkin menyebabkan sembelit, gas atau kembung.

Selain itu, ia juga memiliki kandungan quercetin flavonoid yang dapat membantu mengurangkan keradangan di seluruh sistem pencernaan anda.

nanas

2. Nanas

Nanas mengandungi enzim bernama bromelain yang dapat memecah protein dan membantu pencernaan.

Buah rasa masam manis dan berair ini juga terbukti dapat mengurangkan kembung perut.

Berdasarkan penelitian dalam jurnal Clinical Immunology, nanas dapat mengurangkan radang pada usus besar yang mungkin menyebabkan perut buncit.

3. Tomato

Jika menikmati hidangan yang menyebabkan perut kembung, anda boleh tambahkan tomato ke dalam menu tersebut bagi mengurangkan kesan.

Menurut jurnal Annual Review of Food Science and Technology, tomato mengandungi likopen yang tinggi malah antioksida itu telah terbukti memiliki pelbagai kesan anti-inflamasi seterusnya menghilangkan kembung.

tembikai

4. Tembikai

Kandungan air yang tinggi pada tembikai dapat membantu meminimumkan retensi air. Dikombinasikan dengan kandungan 170 miligram potasium yang terdapat dalam secawan jus tembikai, maka perut akan kembali seperti biasa dalam waktu singkat.

Buahan ini turut membantu membuang natrium berlebih dari tubuh sehingga dapat mengurangi kembung.

5. Pisang

Pisang dikenal sebagai salah satu makanan paling kaya kandungan kalium dan dianggarkan 422 miligram per buah berukuran sedang.

Dibandingkan dengan minum jus rasa pisang atau air sebelum makan, pengambilan pisang sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kembung dengan jumlah yang signifikan menurut sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Anaerobe.

avokado

6. Avokado

Semua lemak sihat dalam avokado dapat mencegah kembung yang menganggu keselesaan anda.

Seperti pisang dan buah-buahan lain, potasium dalam avokadi (368 miligram per buah) juga dapat membantu badan anda mengeluarkan natrium. Boleh saja nikmatinya sebagai jus atau potongan segar.

7. Halia

Mungkin anda pernah mendengar isu bahwa halia dapat meredakan sakit perut?

Apa kata anda memarut halia mentah dan nikmatinya sebagai minuman panas sehingga khasiatnya dapat meredakan perut buncit.

Jika anda mengambil minuman halia 'segera' atau bersoda, dikhuatiri khasiatnya telah berkurangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain