suria

Risau naik penimbang selepas cuti makan-makan? Amalkan cara selamat detox tubuh

Detox adalah langkah terbaik untuk menurunkan berat badan serta memberi kesegaran pada tubuh.

SELEPAS bercuti panjang dan makan pelbagai juadah sempena perayaan Deepavali baru-baru ini, pasti anda berasa takut untuk melihat cermin mahupun penimbang!

Iyalah, siapa yang sanggup sekadar melihat juadah enak terhidang di depan mata demi menjaga penampilan semata-mata.

Namun jangan khuatir kerana anda boleh kembalikan berat badan ideal dan stamina dengan lima langkah mudah untuk detox daripada India.com ini.

1. Berhenti kopi dan minum teh hijau setiap hari

Agak sukar bagi pencinta kopi tapi ketahuilah cara ini akan memberi faedah yang besar kepada anda kerana dengan meminum teh hijau secara kerap, dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan.

Ia mengoksidakan lemak dan menghilangkan paras air yang berlebihan daripada badan.

Apabila berbicara tentang minum, pastikan anda mengambil lebih banyak air. Minum juga jus lemon dengan segelas air suam pada waktu pagi bagi membantu melancarkan sistem penghadaman.

Probiotik

2. Sentiasa amalkan probiotik

Probiotik adalah bakteria semula jadi dan baik yang membawa keseimbangan dalam sistem pencernaan.

Oleh itu, sentiasa amalkan pengambilan yogurt atau minuman probiotik.

3. Kurangkan bengkak di sekitar mata

Cecair berlebihan di sekeliling mata boleh mengakibatkan bengkak. Menurut pakar kulit, mengetuk perlahan kulit di sekeliling mata dengan hujung jari kadangkala boleh membantu cecair yang terkumpul mengalir keluar.

Selain itu, kentang parut atau jus kentang juga dapat membantu... anda hanya perlu menyapu bahan alami itu di sekeliling mata bagi mengurangkan mata bengkak.

jus nanas

4. Minum minuman penambah tenaga

Nanas dan jus oren yang digabungkan memberi rasa kesegaran dan amat sedap tapi gunalah buah segar yang baru diekstrak.

Anda juga boleh gantikannya dengan jus tomato yang ditambah lobak merah. Campurkan sedikit perahan lemon supaya dapat hasilkan rasa masam yang pasti membuka selera anda.

Ataupun, tambahkan jus oren ke dalam air kelapa hijau dan sertakan sedikit perahan jus lemon untuk rasa. Ia membantu melancarkan sistem pencernaan sekali gus membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sepanjang hari.

5. Tambah rempah dalam hidangan teh

Halia, cardamon dan kulit kayu manis adalah ubat universal kerana ia mempunyai banyak manfaat.

Halia yang direbus dalam air boleh dibuat sebagai teh halia dan nikmatinya selepas makan untuk membantu penghadaman anda. Ia juga boleh mengurangkan keradangan.

Teh chamomile juga dapat membantu menenangkan saraf.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain