WANITA yang mengenakan blazer atau suit pasti kelihatan elegant, berkarisma dan sofistikated serta dianggap berprofil tinggi persis pesona seorang tokoh korporat. Kalau dahulunya, kebanyakan rekaan blazer berkonsepkan baggy dan labuh. Namun, seiring perkembangan fesyen masa kini, trend yang popular sekitar tahun 80an itu telah ditransformasi dengan pelbagai rekaan serta bentuk selain menggunakan pelbagai jenis material dan fabrik sekali gus menjadikannya lebih menarik. Ia tidak lagi digunakan untuk acara rasmi seperti ke pejabat atau majlis formal sebaliknya menjadi pakaian separa formal ataupun kasual. Malah padanan mix and match blazer ini mampu menciptakan gaya yang lebih stylo serta seksi seperti laporan Okezone. 1. Blazer dan dress Gaya ini sesuai untuk anda yang ingin kelihatan feminin dan pada masa samqa mahu tampil berbeza. Gabungkan dress dengan blazer yang sangat bergaya dengan sulaman di bahagian belakang menjadikan penampilan wanita lebih unik dan istimewa. Anda juga boleh memakai gaun polos atau bercorak ringkas dengan warna senada supaya penampilan tidak terlalu 'berlebihan'. Padankan dengan heels atau slip on mengikut citarasa masing-masing, kebanyakan wanita Korea lebih gemar mengenakan sneakers. 2. Blazer dan seluar panjang Sekali imbas, ia kelihatan seperti suit iaitu padanan seluar dan kot dari material serta warna yang sama. Tetapi anda juga boleh mengenakan seluar berwarna sedikit gelap daripada blazer. Warna krim atau coklat muda paling sesuai digayakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, pun begitu terpulang pada citarasa warna yang diinginkan. Untuk look kasual, anda boleh padankannya dengan jeans. 3. Blazer dan skirt Penampilan ini juga merupakan salah satu gaya pilihan untuk hangout bersama rakan-rakan persis wanita Korea. Blazer apabila digabungkan dengan skirt akan menjadi item fesyen yang membuatkan anda kelihatan lebih elegan. Lebih-lebih lagi apabila digabungkan dengan but paras buku lali, ia akan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI