suria

2 tahun tersorok di sebalik pelitup muka, ini 3 jangkaan warna gincu ‘trendy’ sepanjang 2023, 2024

Warna gincu boleh menambah seri dalam penampilan seseorang wanita. Foto: LOW LAY PHON/The Star.

GINCU merupakan item kecantikan yang boleh menambahkan seri penampilan seseorang untuk hadir dalam sebarang majlis.

Pendek kata, dengan menukar warna bibir sahaja, ia mampu mengubah keseluruhan aura, mood serta karakter anda.

Sepanjang dua tahun pandemik Covid-19 melanda, gincu yang dipakai kaum Hawa lebih banyak terselindung di sebalik pemakaian pelitup muka.

Namun kini, kebebasan itu telah kembali, sekali gus memberi peluang mereka meneroka warna-warna baharu dan menarik untuk menjadi pelengkap gaya harian.

Baru-baru ini, World Global Style Network (WGSN) melalui kerjasama dengan pakar sistem warna Coloro Joanne Thomas turut membuat ramalan mengenai rona gincu pilihan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

Melalui analisis yang dilakukan, mereka mendapati pengguna telah menukar pilihan ke arah gincu yang mempunyai ketahanan lebih lama dalam warna-warna berikut:

1.Biru

Biru merupakan warna utama dalam industri kecantikan dengan keamatan yang kelihatan memikat dan ajaib seperti dunia bawah air.

image 2

Rona neutral menjadi pilihan mereka yang tidak gemar solekan sarat dan penuh warna.

2. Neutral

Warna-warna seperti nude, camel, mocha atau taupe dianggap mewakili keanggunan ringkas. Namun, warna-warna itu tetap berupaya untuk memancarkan perasaan hangat dan lembut pada bibir si pemakai.

Lebih menarik, ia boleh diadun untuk menghasilkan warna yang sesuai untuk tona atau rupa kulit tertentu.

3. Merah

Merah merupakan warna yang sentiasa klasik kerana ia adalah warna tenaga dan keyakinan.

Warna terang merah berupaya membantu untuk mencipta rupa paras yang sihat.

Warna ini juga boleh digunakan dalam mana-mana musim, untuk sebarang majlis, dan dengan sebarang warna kulit.

Ia boleh diadun dengan rona lain untuk mencipta warna baharu yang cantik, sekali gus memenuhi kehendak pengguna moden yang mengutamakan produk serba boleh, tidak ketinggalan zaman dan melengkapkan setiap tona kulit agar semua orang boleh menjadi cantik. - COSMEX.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain