KEBANYAKAN wanita di Malaysia lebih sukakan lelaki berkulit hitam manis berbanding mereka yang berkulit cerah. Tidak hairanlah figura seperti Khairy Jamaluddin, Remy Ishak, Fikry Ibrahim, Fendy Bakry dan pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan mempunyai ramai peminat dalam kalangan wanita. Namun, selalunya golongan lelaki berkulit hitam manis sering berdepan dengan masalah dalam berfesyen. Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh golongan lelaki berkulit hitam manis dalam berfesyen. Malah, mereka lebih sukar memilih warna pakaian yang sesuai berbanding lelaki berkulit cerah. Jangan risau! Masalah tersebut boleh diatasi dengan mengikut tip oleh seorang Youtuber, Sahil Kumar untuk memilih warna sesuai. Sekiranya pandai dan berani bermain dengan warna, pasti anda dapat pikat pandangan wanita. 1. Pilih warna pastel (lembut) Golongan berkulit hitam manis sesuai memakai warna pastel bertona lembut seperti lavender, baby blue dan merah muda. Selain menonjolkan warna kulit, pemilihan warna ini juga akan membuatkan penampilan anda tampak 'seimbang' dan memukau pandangan. Lelaki berkulit gelap perlu mengelakkan diri daripada memakai warna gelap. 2. Elak warna pakaian hitam Pakaian berwarna hitam adalah warna yang sepatutnya anda elak kerana ia akan membuatkan penampilan nampak lebih kusam dan malap. Sebaliknya pakailah warna terang kerana warna kontra seperti ini akan menyerlahkan lagi warna kulit hitam manis anda. 3. Gabungan warna sesuai (Color combination) Bagi mendapatkan tumpuan terhadap fesyen anda, digalakkan untuk beranikan diri tampil dengan bermain warna. Tetapi harus diingatkan supaya menggunakan dua gabungan warna dan jangan berlebihan. Antara pemilihan warna sesuai bagi golongan lelaki berkulit hitam manis atau gelap. 4. Seluar jenis khakis Memakai seluar jenis khakis juga penting dari segi pemilihan warna. Pilihlah yang berwarna coklat muda. Selain seluar khakis, anda juga boleh menggunakan seluar dengan warna terang seperti jeans, chinos dan slack. Antara warna selain hitam yang perlu dielakkan bagi golongan lelaki berkulit gelap. 5. Warna perlu dielakkan Beberapa warna yang perlu anda jauhi adalah seperti biru gelap, hijau, coklat gelap atau magenta. Sebaliknya carilah warna yang lebih terang dan lebih 'meriah' dipandang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube