KEBIASAANNYA tanda-tanda penuaan mula kelihatan apabila seseorang itu menghampiri usia 60 tahun. Namun seorang lelaki dari Singapura ini menjadi perhatian ramai hingga hingga ke Malaysia kerana memiliki rupa paras yang kacak dan awet muda. Walaupun sudah berusia 56 tahun, Chuando Tan mengejutkan ramai dengan penampilan seperti 20 tahun lebih muda! Selain wajah tampan, fizikal badan yang sasa dan berotot juga membuatkan dia begitu dikagumi ramai. Chuando yang merupakan seorang jurugambar kini menjadi selebriti atas talian atau pempengaruh (influencer) yang semakin popular. Lelaki ini merupakan seorang pengasas sebuah syarikat pengurusan model. Malah, pakej lengkap yang dimiliki lelaki ini membuatkan dia menjadi model serta pengarah artistik yang memiliki lebih 1.2 juta pengikut di Instagram. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan seorang pengasas sebuah syarikat pengurusan model. Memetik temu bual bersama CNA Lifestyle, Chuando berkongsi perasaannya sejak mula dikenali ramai pada 2017. Bukan sahaja pengikut baharu di media sosial, malah dia turut dihubungi banyak pihak termasuklah stesen TV yang mahu mengorek rahsia awet mudanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil lebih tegap dan sado, SRK bikin ramai cemburu! Jurulatih dedah rutin latihan, pemakanan aktor ini Perkara itu mula membuatkan Chuando mula menerima hakikat bahawa dia menjadi inspirasi dan ikon bagi ramai pengikutnya. Mengekalkan penampilan dan bentuk badan yang jauh lebih muda daripada usia sebenar memberikan satu cabaran buatnya. “Ya, saya dapat merasakan tekanan itu. Kerana jauh di sudut hati, saya tahu saya bukanlah seorang yang muda. Umur semakin meningkat. "Jadi saya tidak akan memberi tanggapan bahawa saya selamanya akan muda. Mungkin mereka semua mahu jalan pintas, rahsia bagaimana menjaga masa muda mereka dengan betul,” jelasnya dalam temubual bersama CNA. Chuando memiliki lebih 1.2 juta jumlah pengikut di Instagram. Dalam pada itu, dia juga menjelaskan bahawa faktor genetik mungkin memainkan peranan dalam penampilan awet mudanya selain aktif bersenam dengan mengangkat berat dan mengikuti diet tertentu. “Ia adalah satu gaya hidup yang sudah lama saya amalkan dan bertahan hingga ke hari ini. “Aktiviti yang anda lakukan pada siang hari sepatutnya sama dengan kalori yang anda bakar pada hari itu. "Jumlah makanan yang anda ambil pada siang hari adalah sama dengan kalori yang anda masukkan ke dalam badan anda,” katanya. Jelasnya, pada waktu pagi dia mengambil sarapan yag tipikal iaitu protein shakes atau oatmeal bersama dengan telur, madu dan juga avokado. Manakala untuk makan tengah hari atau malam dia biasanya akan makan ayam stim atau bakar. Chuando mengamalkan pantang memakan organ haiwan dan juga makanan yang diproses. Selain itu sup ikan bersama nasi juga menjadi pilihan makan tengah hari atau malam untuknya. Dia juga mengamalkan pantang memakan organ haiwan dan juga makanan yang diproses. Selain itu Chuando juga suka mengambil makanan seperti tempura goreng atau ais krim. Demi memastikan dia kekal kelihatan muda, Chuando juga tidak lupa untuk menanamkan sikap positif dalam kehidupan seharian. Bagi seseorang yang usianya sudah 56 tahun, apa yang dicapai dan dilakukan oleh Chuando Tan adalah satu perkara yang cukup mengagumkan! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube