HARI lebaran pastinya tidak sempurna tanpa barang kemas untuk diperagakan bersama busana. Aidilfitri tahun ini, jenama barang kemas dan aksesori terkemuka, Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) memperkenalkan koleksi terbaharu di bawah kempen Rantaian Kasih. Menariknya, warisan tradisional seni Tekat diterapkan dalam pembuatan koleksi aksesori kali ini. Koleksi baharu barangan kemas Habib yang diperagakan semasa pelancaran kempen raya 'Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023'. Foto: S.S.Kanesan/ The Star Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berkata, mereka sentiasa mementingkan perincian serta ketelitian reka bentuk dan ketukangan termasuklah dalam koleksi raya ini. "Tradisi acara tahunan yang dinamakan Rantaian Kasih ini menggambarkan sebuah ketulusan ikatan yang terjalin, iaitu hubungan baik dengan para pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan kegembiraan bagi kami. "Lebih istimewa pada tahun ini, kami sangat teruja untuk mempamerkan seni Tekat yang diterapkan dengan nilai sejarah dan warisan yang memerlukan kreativiti dan penghasilan bermutu. "Seni Tekat adalah warisan seni budaya yang unik kerana sering dikaitkan dengan kegunaan persalinan Diraja, perhiasan istana dan upacara pertabalan. "Kami memastikan para pelanggan disajikan dengan pelbagai pilihan sesuai untuk setiap lapisan umur melalui koleksi baharu untuk digayakan pada hari lebaran nanti," katanya. Habib mempamerkan seni Tekat yang menjadi tema utama kempen Rantaian Kasih tahun ini. Koleksi utamanya iaitu Arowana Habib menerapkan unsur geometri yang teliti dan halus, seperti ikan naga dengan sisik meliuk gemalai dan mempesona serta simboliknya dikaitkan dengan tuah dan kekayaan. "Koleksi ini diperbuat daripada emas 750 (18K) bertatahkan berlian yang ditawarkan dengan pelbagai reka bentuk dan kombinasi batu permata pelbagai warna. "Unik dengan rekaan versatil, boleh dijadikan sebagai rantai leher mahupun kerongsang untuk gaya yang berbeza. "Tidak dilupakan rantai leher labuh bersama loket berlian eksklusif, yang sangat popular digayakan untuk perayaan istimewa serta cantik dipadankan bersama baju kurung ataupun kebaya untuk kelihatan lebih mewah," ujarnya. Habib turut menjemput pengusaha Tekat yang berpengalaman ketika majlis pelancaran Rantaian Kasih tahun 2023. Tahun ini, Habib menyambut Aidilfitri dengan memberi penghormatan kepada warisan seni Tekat, melalui motif yang diilhamkan daripada alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan. "Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad tahun ini didatangkan dalam lima reka bentuk berbeza iaitu Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya, dan Awan Larat. "Setiap satu, dilengkapi dengan rekaan sampul yang indah sesuai dijadikan sebagai hadiah, pengganti duit raya atau dikumpul sebagai koleksi peribadi," tambahnya. Habib menampilkan koleksi barang kemas baharunya untuk Aidilfitri tahun ini. Foto: The Star Tidak dilupakan juga koleksi kegemaran ramai, Oro Italia 916 Habib yang dipersembahkan dengan rekaan baharu yang lebih menawan. "Oro Italia 916 Habib kali ini adalah hasil gabungan pelbagai kemasan seperti high polish, potongan berlian, matte dan kemasan satin yang membawa suntikan nafas baharu kepada reka bentuk klasik. "Turut menjadi perhatian, Koleksi Eksklusif Emas 916 Habib dengan rekaan lebih kontemporari, gabungan emas 916 berona kuning dan putih yang hanya boleh didapati eksklusif di Habib. Sebahagian barang kemas Habib yang dipersembahkan ketika pelancaran kempen Rantaian Kasih. "Buat kaum jejaka, butang baju Melayu yang sentiasa menjadi pelengkap di pagi Raya hadir dalam bentuk dan warna baharu, segak dipadankan dengan cincin perak paladium. "Untuk kanak-kanak pula, seleksi emas 919 bermotifkan flora dan fauna ditawarkan," katanya. Buat julung kalinya juga, Habib berkolaborasi bersama pereka fesyen terkemuka Malaysia, Syomirizwa Gupta, yang menampilkan busana mewah yang elegan untuk digayakan bersama koleksi raya ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube