suria

Ramai tak percaya makan burung merpati boleh jadi cantik... Ini khasiat yang anda tak tahu!

Daging burung merpati dikatakan mempunyai zat besi dan khasiat lain untuk kesihatan.

MASYARAKAT Melayu sememangnya kaya dengan petua sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan.

Diperturunkan daripada nenek moyang dahulu kala, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah bersifat alami atau natural.

Baru-baru kecoh di media sosial selepas seorang wanita berkongsi petua amalan memakan burung merpati untuk tujuan kecantikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak melatah, kekal jelita walau dikritik makan merpati untuk cantik - “Saya rasa yang bitter ni orang bandar”

Menurut wanita berkenaan, sejak kecil burung merpati peliharaan bapanya sering dijadikan lauk untuk dimakan bersama dengan nasi.

Bagaimanapun perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi negatif daripada warga maya dengan menyatakan haiwan berkenaan tidak sesuai untuk dimakan malah disamakan seperti 'tikus' (rat of the sky).

Persoalannya, benarkah burung merpati mampu membuatkan seseorang awet muda atau cantik?

merpati 2

Ciapan seorang wanita mengenai amalannya memakan burung merpati menjadi tular di media sosial.

Memetik carian di laman The Guardian, daging merpati (wood pigeon) merupakan sumber protein dan dapat membantu tubuh badan memperbaiki serta menghasilkan sel baharu.

Selain itu, ia juga kaya dengan mineral khususnya zat besi, yang penting untuk pengeluaran tenaga dan sistem imun yang teguh.

Sementara itu laman Healthy Food Near Me merumuskan daging merpati kaya dengan protein semulajadi yang bermanfaat seperti asid amino, vitamin dan mineral.

Ia turut mengandungi jumlah kalsium, magnesium, zat besi, zink, vitamin A, C, PP dan kumpulan B yang mencukupi sekali gus sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Laman Petua Tradisional.com pula menyebut amalan memakan merpati jantan dapat membantu penyakit kebas tubuh badan dan lumpuh, malah khasiatnya sangat sesuai untuk wanita.

Dikatakan pada zaman Rom kuno, mereka memburu burung merpati dan menghidangkannya untuk tetamu bangsawan.

Masyarakat ketika itu menganggap daging merpati sebagai hidangan istimewa.

Walaupun ketika ini ia bukan daging yang dinikmati setiap hari seperti ayam, namun ia merupakan daging tipikal untuk masakan tradisi di beberapa wilayah di Eropah.

Sekadar maklumat tambahan, menurut portal Maktabah Al-Bakri, burung merpati termasuk dalam jenis burung yang halal untuk dimakan, dengan syarat ia disembelih terlebih dahulu sebagaimana sembelihan yang dikehendaki oleh syarak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain