suria

Barang kemas nampak murah kalau tersalah gaya... Ini tip pakai emas agar lebih elegan

Mengenakan semua koleksi perhiasan emas bakal merosakkan penampilan pemakai. -Gambar hiasan

PERHIASAN emas tidak dapat dipisahkan daripada golongan wanita sama ada yang kaya mahupun sederhana.

Selain dianggap simbol kekayaan, sesetengah wanita menggayakan barang kemas demi meningkatkan keyakinan diri dan nampak matang.

Disebabkan perhiasan ini datang dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan rekaan, penggemarnya cenderung untuk mencampuradukkan kesemuanya sehingga ia kelihatan 'murah' dan serba tak kena.

Apa kata anda ikuti tip ini supaya tampil elegan dan menarik seperti laporan dalam Okezone.

Pemilihan warna emas juga perlu disesuaikan dengan tona kulit. -Gambar hiasan

Pemilihan warna emas juga perlu disesuaikan dengan tona kulit. -Gambar hiasan

1. Pilih jenis emas

Seiring perkembangan teknologi, perhiasan emas tampil dalam pelbagai warna antaranya emas kuning, emas putih, rose gold dan enamel.

Pastikan anda menggabungkan dua warna sahaja untuk disesuaikan dengan tona kulit.

Warna emas putih dan platinum dapat memberi kesan tona cerah pada kulit berbanding emas kuning mahupun rose gold.

Anda yang gemarkan gaya kasual bolehlah kekal dengan emas kuning kerana memberi kesan lebih menyerlah terutama apabila rekaannya lebih tebal dan padat.

Aksesori emas yang besar sesuai digayakan pada mana-mana majlis. -Gambar hiasan

Aksesori emas yang besar sesuai digayakan pada mana-mana majlis. -Gambar hiasan

2. Utamakan jenis tebal

Untuk menarik perhatian, pilihlah rantai tebal yang terlihat sangat moden dan bergaya.

Jika anda gemarkan perhiasan yang berkilau, bolehlah menambahkan permata pada rantai atau kalung yang dipakai.

Malah, jenis tebal ini boleh digayakan dengan pelbagai jenis fesyen termasuk jeans.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain