SELAIN penampilan kemas, bersih dan personaliti diri yang menarik, bau harum juga mampu membuatkan diri kita jadi perhatian. Justeru pemilihan dan cara menggunakan minyak wangi atau perfume dengan betul amatlah penting bagi mereka yang mengambil berat haruman pada tubuh. Bagi sesetengah orang, mereka menganggap melakukan semburan di beberapa bahagian badan sahaja sudah mencukupi. Sebenarnya, terdapat tip dan cara betul untuk membuatkan bau semburan tahan lebih lama daripada kebiasaannya. Wangian perlu disembur pada bahagian tertentu badan untuk bau berkekalan. 1. Jenis perfume Pilih wangian yang berkualiti tinggi bagi mendapatkan bau pada tahap optima. 2. Jarak semburan Lakukan semburan kira-kira 20 hingga 30 sentimeter dari kulit supaya bau tahan lebih lama. 3. Losyen atau minyak Sapu losyen atau minyak badan sebelum melakukan semburan kerana kulit yang lembab dapat membantu mengekalkan bau wangian lebih lama. 4. Titik nadi (pulse) Semburan perlu dilakukan pada titik-titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan dan pelipat siku. 5. Gosok Antara kesilapan besar dilakukan orang ramai adalah menggosok selepas menyembur minyak wangi pada kulit. Menggosok hanya akan memecahkan molekul minyak wangi lalu boleh mengurangkan kebolehcapaian bau. Sembur wangian pada nadi untuk bau kekal lebih lama. 6. Tempat simpanan Simpan botol minyak di tempat yang sejuk dan kering seperti almari dan laci bagi mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Memandangkan hari raya bakal menjelang tiba, keharuman yang tahan lebih lama adalah sangat penting. Apatah lagi sekiranya kita keluar beraya dari pagi sehingga malam, pastinya memerlukan wangian yang berkekalan sepanjang hari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube