suria

Busana cantik tapi posture badan tak menarik masa bersanding, ini 3 tip pilih coli untuk bakal pengantin perempuan

Busana pengantin perlulah mengikut ukuran si pemakai. -Gambar hiasan

TAMPIL cantik dan menawan pada hari perkahwinan merupakan impian setiap wanita.

Selain solekan dan busana yang digayakan, pelamin juga menjadi perkara utama yang dititikberatkan supaya kemeriahan hari bersejarah dapat diabadikan sehingga ke anak cucu.

Bagaimanapun penampilan raja sehari boleh terganggu sekiranya bahagian 'dalaman' tidak dijaga dengan baik.

Berkongsi tip untuk bakal pengantin perempuan, personal shopper Caca berkata, pemilihan baju dalam atau bra adalah perkara penting bagi menambahkan keyakinan pada hari bahagia.

"Siapa yang nak majlis pernikahan dan sanding dengan posture badan cantik, kenalah pandai pilih bra ya.

"Terutama mereka yang menggunakan saiz B dan C," katanya ringkas.

Ini tiga perkara utama perlu bakal pengantin perempuan tahu untuk mendapatkan bra yang bersesuaian.

Bra seamless dan push-up perlu dipakai untuk menyerlahkan penampilan semasa bersanding.

Bra seamless dan push-up perlu dipakai untuk menyerlahkan penampilan semasa bersanding.

1. Pilih seamless bra

Kebanyakan busana pengantin mengikut ukuran badan si pemakai.

Oleh itu, anda perlu mengenakan bra yang seamless supaya bahagian belakang baju tidak kelihatan terbojol, kesan jahitan bra.

2. Pastikan bahagian tepi bra lebih lebar

Baju dalam yang mempunyai tiga hingga empat cangkuk sememangnya bahagian tepinya lebih lebar.

Pemakaian bra jenis ini membolehkan lebihan lemak di dada ditutup rapi sekali gus menutup 'kekurangan' pada tubuh si pemakai.

3. Penggunaan bra push-up sangat digalakkan

Mereka yang mengenakan saiz B dan C sering mengalami masalah payudara kendur atau 'jatuh'.

Bagi memastikan penampilan dan keselesaan pada hari bahagia tidak terganggu, bakal pengantin digalakkan untuk mengenakan bra jenis push-up.

Bukan sahaja posture badan kelihatan cantik, anda juga akan berasa lebih yakin untuk bersanding dan berjalan di aisle nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain