TENGOK gambar pun nampak sedap, apatah lagi kalau mencubanya.
Bagi penggemar bengkang, boleh cuba resipi ini terutama untuk minum petang.
Tak susah pun nak membuatnya. Terima kasih Mas Cotek atas perkongsian resipi Bengkang Kukus Ubi Kayu, kuih tradisonal Melayu kita ni.
Bahan A
1.2 kilogram ubi kayu
4 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh garam
Pati dari mendapan ubi
Parut ubi, perah dan biarkan. Apabila patinya mendap (airnya dibuang).
Satukan kesemua bahan, gaul rata/ketepikan
Bahan B
500 ml santan (dari sebiji kelapa)
300 gm gula merah
75 gm gula pasir
2 helai pandan
masak kesemua bahan B ini. Cukup sekadar gulanya larut, tak perlu sampai mendidih ya dan kemudian sejukkan dan tapis.
Caranya menyiapkannya
Sediakan loyang sapu marjerin. (Biasanya guna loyang 25X12X6)
Satukan Bahan A dan B
Gaul sebati, kemudian tuang ke dalam loyang dan hentak-hentak ia sedikit dan ratakan
Kukus selama 1 jam dan kemudian boleh diangkat.
Biarkan ia sejuk dan sedia untuk dihidangkan.